web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selamat Jalan, Huzz…

Allahyarham antara nama besar dalam dunia kewartawanan hiburan tanah air, dan sering mencuit hati dengan tulisan mengenai artis tempatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2024 8:00PM

Allahyarham Kamal Huzaini Kamaludin (kiri) ketika menerima kunjungan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi bulan lalu. - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas wartawan hiburan terkenal tanah air, Kamal Huzaini Kamaludin menghembuskan nafas terakhir hari ini, selepas sekian lama bertarung dengan kanser usus.

Allahyarham berusia 58 tahun.

Kematian beliau disahkan adik perempuannya, Nurul Afida Kamaludin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BERNAMA.

Menerusi hantaran ringkas di Facebook, Nurul Afida memberitahu, abangnya meninggal dunia pada jam 6.10 petang tadi, di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kamal Huzaini atau lebih dikenali sebagai Huzz sewaktu zaman kegemilangannya amat terkenal dengan ruangan pojok yang berkisar dunia artis tanah air.

Tulisannya yang bersahaja tetapi tidak keterlaluan menjadikan beliau disayangi ramai selebriti.

Ahmad Farhan Fauzi bertanya khabar dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada Huzz bulan lalu. - Gambar PMO
Ahmad Farhan Fauzi bertanya khabar dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada Huzz bulan lalu. - Gambar PMO

Kerjaya Allahyarham sebagai wartawan bermula dengan akhbar Harian Nasional sekitar 1980-an, sebelum beliau berhijrah ke majalah Media Hiburan di bawah naungan Kumpulan Karangkraf.

Langkah Allahyarham diteruskan dengan Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad sebagai wartawan majalah hiburan sensasi, URTV. 

Huzz adalah antara individu terawal yang berjaya menghidu kisah cinta penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Gelaran Datuk K yang diberikan Huzz kepada usahawan ternama itu ‘melekat’ sehingga kini.

Getaran mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga, semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang dikasihiNya. Al Fatihah. 

Selamat berangkat ke alam abadi, Huzz. - Getaran, 8 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad