web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Modul Latihan Kenegaraan MADANI Mahu Bina Kekuatan Baharu Anak Muda - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2024 8:05AM

Perdana Menteri pada pelancaran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANIi semalam - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI bermatlamat membina kekuatan baharu dalam kalangan anak muda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi membentuk golongan berkenaan tampil sebagai individu berkeperibadian unggul dan memiliki bibit kecintaan kepada negara.

Menurut beliau, modul yang akan digunakan dalam kursus-kursus latihan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia itu digarap bertunjangkan sejarah kenegaraan, pemahaman terhadap Perlembagaan Persekutuan dan penghayatan Rukun Negara.

“Kekuatan baharu ini bagi melatih anak-anak muda memiliki kebijaksanaan, kewarasan serta jati diri yang hebat selaras nilai-nilai Madani.

“Ia sekali gus berupaya membantu mereka menolak kebencian, tohmahan serta permusuhan kerana perbezaan warna kulit, keturunan, darjat dan agama.

“Kekuatan ini penting untuk dipasakkan ke dalam sanubari anak-anak muda yang kini berdepan suara-suara sumbang yang cuba mengheret kita untuk berbicara perkara-perkara sempit,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Perdana Menteri berkata, suara-suara sumbang itu cuba menanam bibit kebencian antara kaum dan membawa fahaman agama pelampau yang jauh daripada nilai ihsan, kasih sayang dan penyatuan. 

“Modul ini turut menekankan aspek sejarah negara, terutama menghargai perjuangan dan pengorbanan pemimpin dan rakyat daripada pelbagai kaum untuk menggapai kemerdekaan, dan meneruskan obor perjuangan itu.

“Seperti mana disebut pemikir dan filsuf Perancis Roger Garaudy: “It is not to bury the ashes of the dead, but to rekindle their flame.” (Bukan untuk tanamkan debu yang ditinggalkan, tapi untuk kita menyemarakkan semula cahaya api yang menerangi perjuangan.),” katanya.

Tegas beliau, anak-anak muda hari ini berdepan tugas besar dan perlu memahami sejarah pembinaan negara bangsa yang merdeka.

“Negara ini merdeka untuk berdaulat, merdeka untuk membela nasib rakyat, merdeka untuk meletakkan dasar tatakelola, pemerintahan dan kenegaraan yang baik serta menentang tentang kecurangan, kebobrokan dan rasuah,” katanya. - Getaran, 6 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad