web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Tegas Tangani Isu Imigran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2024 8:27PM

Pesuruhjaya PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk. – Gambar Diyana Nawwar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia digesa lebih tegas menangani isu penindasan terhadap imigran, susulan beberapa dakwaan yang timbul sebelum ini.

Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia (UNHCR), Volker Turk berkata, wujud keperluan untuk Malaysia membangunkan pelan migrasi berasaskan hak asasi manusia yang komprehensif.

“Saya menggesa kerajaan untuk menghentikan jenayah imigran yang tidak teratur dan mencari alternatif bagi menambah baik pusat tahanan imigran terutamanya untuk kanak-kanak dan kumpulan lain yang berada dalam situasi terdedah," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau turut menggesa kerajaan memastikan akses keadilan yang sama rata terhadap warga asing.

Jelasnya, Malaysia dilihat berhadapan cabaran berterusan dalam isu eksploitasi  dan penganiayaan pekerja asing berpendapatan rendah, termasuk pekerja domestik asing.

"Adalah penting bagi Kerajaan untuk mengadopsi sistem perlindungan pelarian yang komprehensif yang mengukuhkan status sah pelarian.

“Ini membolehkan mereka mendapat akses kepada pekerjaan, pendidikan formal, kesihatan dan perkhidmatan penting lain,"  katanya.

Volter Turk (tengah) pada sidang media di Putrajaya hari ini. – Gambar Diyana Nawwar
Volter Turk (tengah) pada sidang media di Putrajaya hari ini. – Gambar Diyana Nawwar

Pada masa sama, Turk meminta kerajaan menambahbaik akses kemudahan tahanan untuk badan pemantauan nasional dan UNHCR.

Katanya, terdapat laporan yang membimbangkan mengenai keadaan buruk dan penganiayaan di kemudahan tahanan dan ia perlu disiasat.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Turk berkata pihaknya membangkitkan isu berkaitan hak asasi manusia dan perniagaan.

Beliau berkata PBB mengekalkan pendirian amalan perniagaan dan mempertahankan prinisip bahawa hak asasi manusia perlu selari.

“Kami membincangkan isu perniagaan dan hak asasi manusia kerana kami tahu jika amalan perniagaan tidak berpaksikan hak asasi manusia, ia akan memudaratkan (pelaburan asing) pada masa akan datang," katanya.

Sebelum ini PBB menyuarakan kebimbangan mengenai kes penipuan pekerjaan yang membimbangkan dan insiden pemerdagangan manusia melibatkan pekerja asing yang dibawa ke Malaysia oleh agensi pengambilan pekerja.

Usaha Malaysia menarik pelaburan asing pada masa akan datang mungkin terhalang sekiranya amalan perniagaan tidak mengutamakan hak asasi manusia. - Getaran, 4 Jun 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Puji Resolusi UNHCR, Islamofobia Perlu Ditentang

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Perlu Perkemas Penglibatan Pihak Tangani Isu Pelarian, Mekanisme Pengurusan Harus Efisien

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Cadangan Tutup Pejabat UNHCR, Terpulang Kepada Malaysia - AS

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kuasa Veto Majlis Keselamatan Kekal Sebagai Teka Teki, Pamansuh Jalan Terbaik

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran