Berita Terkini

1 jam yang lalu: Pencari madu lebah maut jatuh pokok setinggi 30 meter di Kampung Meranto, Gua Musang 1 jam yang lalu: KDN salur peruntukan lebih RM2.3 juta untuk pembaikan penjara, PPD di Kedah 1 jam yang lalu: Rumah terbakar: Seramai 76 penghuni Rumah Selunsin, Pakan dalam Bahagian Sarikei terjejas 1 jam yang lalu: MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta 1 jam yang lalu: Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah carum bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

IKUTI KAMI


Perlu Perkemas Penglibatan Pihak Tangani Isu Pelarian, Mekanisme Pengurusan Harus Efisien

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 8:48PM

Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan amat mengambil berat terhadap kegusaran rakyat berikutan kehadiran serta aktiviti yang dijalankan oleh segelintir golongan pelarian dan pemohon suaka ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Penglibatan entiti kerajaan, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan serta antarabangsa perlu diselaras atau diperkemas, khususnya ke atas isu membabitkan pengurusan pelarian dan pemohon suaka.

Serentak dengan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penekanan akan diberikan terhadap mekanisme pengurusan dan penguatkuasaan yang efisien.

Menurut beliau, ia turut mencakupi setiap dasar membabitkan kebajikan dan sosial, agar keselamatan serta kedaulatan negara kekal terjamin.

“Kerajaan menghormati mandat penubuhan, fungsi dan peranan UNHCR seperti mana yang diperuntukkan di bawah Resolusi 319 (IV) Perhimpunan Agung PBB (1949) dan Resolusi 428 (V) Perhimpunan Agung PBB (1950). 

“Namun, perlu diingatkan bahawa Malaysia bukan negara ahli kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Mengenai Status Pelarian 1967,” katanya hari ini.

Beliau menyatakan demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka di Putrajaya, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata, kehadiran golongan pelarian di negara ini dibenarkan buat sementara atas prinsip dan nilai kemanusiaan, sebelum mereka ditempatkan semula di negara ketiga atau dihantar pulang ke negara asal. 

“Kerajaan amat mengambil berat terhadap kegusaran rakyat berikutan kehadiran serta aktiviti yang dijalankan oleh segelintir golongan pelarian dan pemohon suaka ini.

“Ada antara aktiviti tersebut bertentangan dengan norma kehidupan, sensitiviti dan budaya setempat, sekali gus menjejaskan keharmonian rakyat tempatan,” katanya.

Tegas beliau,  UNHCR perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap pelarian dan pemohon suaka yang berada di Malaysia, selaras mandat dan fungsi penubuhan suruhanjaya.

“Mereka tidak seharusnya meletakkan beban pengurusan pelarian ke atas kerajaan semata-mata atau komuniti rakyat tempatan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, kehadiran golongan pelarian di negara ini dibenarkan buat sementara atas prinsip dan nilai kemanusiaan, sebelum mereka ditempatkan semula di negara ketiga atau dihantar pulang ke negara asal - Gambar Hiasan
Ahmad Zahid berkata, kehadiran golongan pelarian di negara ini dibenarkan buat sementara atas prinsip dan nilai kemanusiaan, sebelum mereka ditempatkan semula di negara ketiga atau dihantar pulang ke negara asal - Gambar Hiasan

Menteri Kemajuan Wilayah dan Desa itu menarik perhatian, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengadakan perjanjian bersama  UNHCR berhubung peranan dan tanggungjawab suruhanjaya di dalam negara, selaras dengan Resolusi 428 (V) Perhimpunan Agung PBB (1950).

Kerajaan tegasnya, tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warganegara atau rakyat asing yang didapati bersekongkol dengan ejen pemerdagangan manusia untuk menyeludup masuk pelarian dan pemohon suaka ke Malaysia.

“Kerajaan amat mengambil berat peningkatan ketara jumlah pelarian dan pemohon suaka yang memegang Kad UNHCR iaitu 75,617 pada tahun 2009 kepada 185,760 pada Mac 2023. 

“Seramai 160,332 (86.3 peratus) daripada keseluruhan pelarian dan pemohon suaka ini adalah daripada Myanmar dan 107,433 (67.0 peratus) daripada pelarian Myanmar adalah etnik Rohingya,” katanya.

Mengulas lanjut Zahid berkata, pelarian dari negara lain yang signifikan ialah Pakistan (7,109), Yemen (3,466), Afghanistan (3,444), Somalia (3,161) dan Syria (3,161).

Mesyuarat juga katanya, mengambil maklum tindakan UNHCR yang mendaftarkan 948 individu didakwa sebagai pelarian daripada Indonesia dan antara alasan yang diberikan adalah kerana berkahwin dengan pelarian lain di Malaysia, walaupun diketahui bahawa negara tersebut tidak mengalami sebarang krisis kemanusiaan.

“Sidang Majlis Keselamatan Negara Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada 11 April lalu telah menetapkan bahawa Arahan MKN No. 23: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (semakan 2023) akan menggantikan Arahan MKN No. 23: Mekanisme Pengurusan Pendatang Asing Tanpa Izin Yang Memegang Kad UNHCR yang dikeluarkan pada tahun 2009. 

“Arahan MKN No. 23: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (semakan 2023) ini menjadi asas ke arah Malaysia untuk mempunyai mekanisme pengurusan pelarian dan pemohon suaka sendiri tanpa bergantung kepada entiti asing,” katanya.

Mesyuarat juga jelas Zahid, telah menetapkan tiga nilai teras pengurusan pelarian dan pemohon suaka kebangsaan iaitu pertama iaitu perancangan yang komprehensif, permuafakatan antara entiti kerajaan dan bukan kerajaan serta keberkesanan pelaksanaan.

“Kerajaan akan memberikan penekanan terhadap perancangan dan usaha Kerajaan untuk mengukuhkan peranan Kerajaan di dalam pengurusan pelarian dan pemohon suaka melalui empat kluster penambahbaikan utama.

“Antara lain ia melibatkan Mekanisme Pengurusan Pelarian Dan Pemohon Suaka melalui penubuhan beberapa jawatankuasa dan pasukan petugas khas,” katanya.

Turut disenaraikan ialah Penentuan Status Pelarian bagi meningkatkan keupayaan dan penglibatan agensi kerajaan dalam penentuan status pelarian yang sebelum ini dilaksanakan secara unilateral oleh UNHCR serta pendaftaran pelarian dengan kerajaan.

Penguatkuasaan Undang-Undang Kepada Pelarian Dan Pemohon Suaka penyelarasan penguatkuasaan dan perundangan bagi pelarian dan pemohon suaka yang berada di dalam negara dan Sistem Sokongan Sosial (hanya kepada Pelarian yang berdaftar dengan Kerajaan) iaitu penyelarasan pemantauan, bantuan dan sokongan sosial sepanjang tempoh keberadaan sementara pelarian dan pemohon suaka di dalam negara.

Peruntukan tersebut bagaimanapun hanya terhad kepada pelarian yang berdaftar dengan Kerajaan sebagai persediaan untuk ditempatkan ke negara ketiga. - Getaran, 8 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Gangguan Seksual Dipandang Serius, Langgar Hak Asasi Manusia

2

Semasa 2 hari yang lalu

Tidak Luntur Rasa Kemelayuan, Cair Keimanan Kalau Santuni Bangsa, Agama Lain - Zahid

3

Politik 1 minggu yang lalu

Ahmad Zahid Harus Utamakan Parti Komponen Dalam BN, Bukan DAP – MCA

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Lebih 15,000 Hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani Di Kelantan

Sorotan

1

Jurugambar Ditahan Bantu Siasatan Amang Seksual Di Sepang

2

Pilih Bulu, RapidKL ‘Dibelasah’ Benarkan VVIP Guna MRT Tanpa Pelitup Muka

3

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah, Sanusi Perlu Faham Perlembagaan - Anwar

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Azizulhasni Tambah Koleksi Emas Ke-4 Di Hong Kong

Semasa 13 jam yang lalu

Koleksi Pride Ada Perkataan LGBTQ Pada Jarum Jam - Saifuddin

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Pilih Bulu, RapidKL ‘Dibelasah’ Benarkan VVIP Guna MRT Tanpa Pelitup Muka

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

TPM Fadillah Tiba Di Brussels Untuk Lawatan Rasmi