web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengiring TMJ Disiasat Atas Dakwaan Serang OKU

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2024 12:26PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 kerana menyebabkan kecederaan sukarela. – Gambar fail BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Salah seorang pengiring Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedang disiasat selepas didakwa menyerang seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di sebuah hotel semalam, lapor media.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dipetik Free Malaysia Today berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 kerana menyebabkan kecederaan sukarela.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 (kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan). 

“Belum ada tangkapan lagi, jadi kami tidak tahu mengapa lelaki itu diserang. Malah lelaki kurang upaya yang membuat laporan itu tidak pasti mengapa dia diserang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Shuhaily bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada pengadu masih dirawat di hospital.

Sementara itu, Bernama melaporkan seorang lelaki OKU yang mengalami masalah pendengaran dan bisu mendakwa dipukul pengawal peribadi seorang kenamaan ketika menunggu penumpang di sebuah hotel di Brickfields, semalam.

Laporan itu menyebut, pemandu e-hailing berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya dari lobi hotel berkenaan. – Getaran, 29 Mei, 2024


 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad