web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Dipanah Petir Ketika Sedang Tidur Di Pondok Rehat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2024 8:36AM

Gambar hiasan dari Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun maut dipanah petir ketika sedang tidur di atas buaian di pondok rehat di hadapan rumahnya semasa cuaca hujan lebat di Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar, dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Wan Azharuddin Wan Ismail berkata mangsa Mohammad Shahrim Sheh Ali, yang bekerja sebagai pemandu kren sebelum itu dikatakan tidur berseorangan di atas buaian tersebut.

"Kejadian yang dipercayai berlaku lebih kurang jam 9.45 malam semasa hujan lebat dan petir...isterinya yang berusia 31 tahun hanya menyedari keadaan suaminya yang tidak sedarkan diri kira-kira jam 10 malam.

"Isteri mangsa bersama abangnya dan rakan-rakan mangsa menyangka dia tidur dan tidak mengejutkannya...apabila isterinya keluar dan mengejutkannya, mangsa didapati tidak bergerak dan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Wan Azharuddin, anggota keluarga mangsa kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini dan doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

"Siasatan lanjut mendapati mangsa berada dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sebarang rekod penyakit kronik.

"Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan terbakar pada kayu untuk menggantung buaian dan wayar elektrik telah putus dan terdapat kesan terbakar pada mangsa dipercayai berpunca daripada panahan petir...tiada unsur jenayah," katanya.

Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Penunggang Motosikal Maut Dipanah Petir

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar