web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penunggang Motosikal Maut Dipanah Petir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 6:19PM

Semasa melalui Jambatan Rimbayu ke Ladang Teh Seri Cheeding, mangsa telah terkena panahan petir lalu jatuh dari motosikalnya dan tidak sedarkan diri - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang lelaki meninggal dunia akibat dipanah petir di jalan Kampung Seri Cheeding, Banting, kira-kira 25 kilometer dari sini pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Bandar Mahkota, Banting dengan menunggang motosikal, kira-kira pukul 6.20 petang.

Katanya, semasa melalui Jambatan Rimbayu ke Ladang Teh Seri Cheeding, mangsa telah terkena panahan petir lalu jatuh dari motosikalnya dan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata orang awam yang melalui jalan itu membantu mengangkat mangsa dan diletakkan di tepi jalan sebelum menghubungi talian kecemasan dan bantuan ambulans, namun disahkan maut di tempat kejadian.

“Terdapat dua lubang kesan panahan petir di atas jalan raya dan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian leher kanan serta lebam pada bahagian perut dan paha akibat panahan petir selain luka di dagu dan lutut akibat jatuh dari motosikalnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata bedah siasat telah dilakukan 10 pagi tadi dan mendapati punca kematian adalah akibat panahan petir dan pihak polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad