web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Autoshow 2024: Lebih 200 Model Kereta Dan Motosikal Jenama Terkemuka Dipamer

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2024 8:28AM

MARII mensasarkan kehadiran 250,000 pengunjung dengan pulangan jualan RM1.6 bilion ke Autoshow 2024 - Gambar Diyana Nawwar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Penganjuran automotif terbesar negara, Autoshow 2024 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, MAEPS menawarkan pelbagai pameran menarik termasuk kereta konsep terkini, kenderaan elektrik serta inovasi teknologi automotif yang canggih.

Edisi kali ini menghimpunkan lebih 200 model kereta dan motosikal dari pelbagai jenama terkemuka dengan keluasan tapak pameran mencecah 40,000 meter persegi.

Orang ramai sanggup beratur panjang untuk membeli tiket masuk - Gambar Diyana Nawar
Orang ramai sanggup beratur panjang untuk membeli tiket masuk - Gambar Diyana Nawar

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Robotik Lott Malaysia (MARII), berkata, berkata, pameran itu mencipta sejarah tersendiri apabila turut mengadakan pelancaran lebih 45 jenama kereta dan motosikal.

“Kesemuanya merupakan model baharu yang tidak ada di pasaran dan yang bakal ada di pasaran.

“Selain itu ada juga pengeluar yang mengambil peluang  melancarkan prototaip kereta seperti Perodua dengan rekaan kereta elektrik terbaharu mereka," katanya kepada Getaran ketika ditemui.

Azrul Reza Aziz - Gambar Diyana Nawar
Azrul Reza Aziz - Gambar Diyana Nawar

Menurut beliau, MARII selaku penganjur turut berbangga apabila buat julung kali, pengeluar kereta terkemuka, Tesla Inc mempamerkan model terbaharu Tesla Model 3 selain model eksklusif, Cybertruck pada acara tersebut.

“Lebih menarik, pengunjung turut berpeluang memandu uji lebih 100 model kereta dan motor,” katanya. 

Azrul berkata, penggemar kenderaan lasak dan pacuan empat roda (4WD) juga berpeluang menguji kemahiran di trek offroad 4×4 yang mencabar, sekali gus merasai sendiri keupayaan kenderaan berkenaan. 

Cybertruck, keluaran terkini Tesla Inc - Gambar Diyana Nawar
Cybertruck, keluaran terkini Tesla Inc - Gambar Diyana Nawar

“Ganjaran eksklusif, potongan rebat termasuk cabutan bertuah disediakan sebagai tarikan untuk orang ramai.

“Selain daripada pameran kereta dan motor,  MARII turut menganjurkan Sidang Kemuncak Automotif Malaysia-China ke-50 dan Forum Alam Sekitar Automotif ASIAN ke-13 (AAEF),” katanya.

Beliau memberitahu, MARII selaku penganjur mensasarkan kehadiran 250,000 pengunjung dengan pulangan jualan RM1.6 bilion.

Penganjuran yang memasuki tahun ketujuh itu diadakan selama enam hari bermula 21 Mei hingga hari ini. 

Harga tiket pameran ialah RM20 dan ia boleh dibeli secara dalam talian atau di kaunter. - Getaran, 26 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kereta Elektrik China Tarik Perhatian Pengunjung Malaysia Autoshow 2024

2

Semasa 3 tahun yang lalu

KKD Akan Panggil Penganjur Konsert Coldplay - Fahmi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Boy Iman Antara 4 Didakwa Tipu Urusan Jual Tapak Hooray X Fest

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penganjur Hooray X Fest Raya Antara 3 Ditahan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar