web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKD Akan Panggil Penganjur Konsert Coldplay - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 2:04PM

Fahmi Fadzil berkata KKD akan memanggil penganjur konsert Coldplay yang diadakan pada November depan bagi memahami sistem serta proses penjualan tiket mereka - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil penganjur konsert Coldplay yang diadakan pada November depan bagi memahami sistem serta proses penjualan tiket mereka.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil  berkata ini susulan rungutan orang ramai yang sukar mendapatkan tiket akibat ‘ulat tiket’ yang membeli dengan kuantiti banyak.

Katanya, perjumpaan itu juga akan membincangkan mengenai langkah-langkah boleh diambil penganjur agar perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.

“Antara perkara yang mungkin akan kita teliti ialah cara tiket itu dibeli sama ada perlu ada sekatan atau pun syarat-syarat tertentu dikenakan kepada penganjur.

“Kita juga sedang teliti peruntukan undang-undang yang ada sekiranya perlu kita ambil tindakan,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.

Coldplay, kumpulan muzik terkemuka dunia, menjayakan konsert dalam siri jelajah Music Of The Spheres World Tour mereka di Malaysia pada November ini.

Ini merupakan konsert julung kalinya dipersembahkan kumpulan muzik dari Britian itu di Malaysia, yang dijadualkan pada 22 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan menara telekomunikasi di Sarawak, beliau berkata pihak Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) telah berjaya membina lebih 600 menara setakat ini.

“Dari jumlah itu, kira-kira separuh yang sudah ada syarikat telco yang mengoperasikan. Kita sedang meneliti dan segera menyelesaikan masalah ini termasuk memanggil syarikat telco,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad