web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganjur Hooray X Fest Raya Antara 3 Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 4:01PM

Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga individu, termasuk seorang pengarah syarikat dan penganjur festival beli-belah Hooray X Fest Raya, di Pusat Dagangan Putra (WTC), di sini, ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembatalan acara berkenaan pada saat akhir, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya membuka satu kertas siasatan selepas menerima laporan polis berhubung perkara itu, semalam.

“Susulan laporan itu, kami menahan tiga individu terdiri daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun dan dua wanita berusia antara 50 dan 51 tahun yang juga pengarah serta penganjur festival tersebut.

“Kesemua mereka ditahan reman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Katanya, setakat ini, pihaknya menerima enam laporan polis berkaitan kes tersebut.

“Justeru, kami menyeru orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam membuat sebarang urusniaga bagi mengelakkan menjadi manga jenayah atau penipuan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan perkara itu atau sebarang kegiatan yang menyalahi undang- undang diminta menghubungi IPB Dang Wangi di talian 03- 26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, karnival jualan sempena Aidilfitri yang sepatutnya bermula Selasa lalu hingga esok di WTC dibatalkan pada saat akhir akibat penaja utama menarik diri.

Ketua Pengarah Eksekutif Tenview (M) Sdn Bhd, yang juga penganjur karnival itu, Datuk Mohammad Aliff Hakim, dipetik sebagai berkata, situasi itu menyebabkan bayaran untuk lokasi acara tidak dapat dilunaskan.

Mohammad Aliff yang mengadakan pertemuan dengan peniaga yang terkesan Selasa lalu memaklumkan, mereka akan mengembalikan wang kepada peniaga tetapi pada masa sama turut memberikan pilihan buat mereka.

Sebelum ini, peniaga yang sudah menempah gerai jualan raya di karnival itu meluahkan rasa kecewa apabila acara tersebut dibatalkan saat akhir.

Pengumuman itu dibuat pihak WTC yang turut tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian dialami peniaga akibat pembatalan saat akhir berkenaan. – Getaran, 20 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 3 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 23 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar