web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akaun 3 Untuk Teruskan Kelangsungan Hidup, Selesaikan Urusan Peribadi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2024 9:12AM

Akaun Fleksibel dianggap sebagai sinar oleh golongan berpendapatan rendah untuk meneruskan kelangsungan hidup - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kenaikan kos sara hidup yang masih berterusan sememangnya membuatkan rakyat amat tertekan, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Justeru, kebenaran mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi Akaun Fleksibel atau Akaun 3 dianggap memberikan sedikit sinar.

Tinjauan Getaran mendapati, majoriti pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ditemui mahu menggunakan akaun berkenaan untuk meneruskan kelangsungan hidup, termasuk menyelesaikan hutang dan membuat persiapan perkahwinan.

Kata mereka, tiada pilihan lain kecuali mengakses simpanan persaraan lebih awal kerana terbeban dengan peningkatan kos sara hidup yang tidak setara dengan gaji diterima.

Pekerja swasta, Mohd Hanif Roslan, 24, berkata, dia mahu mengeluarkan sebahagian wang berkenaan bagi menampung perbelanjaan selepas mendirikan rumah tangga.

Mohd Hanif Roslan - Gambar Diyana Nawar
Mohd Hanif Roslan - Gambar Diyana Nawar

Pemuda itu yang akan melangsungkan perkahwinan September nanti berkata, jika kerajaan tidak meluluskan pelaksanaan akaun ketiga sudah tentu dia terpaksa mengambil masa lebih lama mengumpul duit.

“Saya memang terpaksa keluarkan wang KWSP untuk kehidupan selepas kahwin. Kalau termasuk dalam duit KWSP saya dah dapat kumpul RM20,000. Bajet saya dalam RM26,000.

“Jadi tinggal lagi RM6,000 untuk saya kumpul. Kalau tak kerana KWSP, memang saya kena ambil masa lama sebab gaji pekerja swasta ini rendah tak macam kerajaan," katanya ketika ditemui di Pejabat KWSP di sini.

Pendapat senada disuarakan Mohd Fariz Fadzil, 21, yang memberitahu, ini ialah kali pertama dia mengeluarkan wang KWSP yang akan dimanfaatkan untuk membayar komitmen bulanan.

Mohd Fariz Fadzil - Ganbar Diyana Nawar
Mohd Fariz Fadzil - Ganbar Diyana Nawar

Pekerja dalam sektor makanan dan minuman (F&B) itu berkata, dia berdepan masalah untuk membayar komitmen bulanan sejak tempat kerjanya menghentikan bayaran kerja lebih masa.

“Bila kerajaan umum dah boleh keluarkan duit KWSP, saya tak fikir panjang, saya terus nak keluarkan. Ramai kawan- kawan saya pun begitu. Sekarang saya bergelut untuk bayar komitmen bulanan macam bayar sewa rumah, motosikal, telefon bagi duit dekat ibu-bapa.

“Pada masa sama syarikat saya dah hentikan kerja lebih masa. Jadi saya hanya dapat gaji bersih semata- mata,” katanya.

Mohd Fariz yang mencarum dengan KWSP sejak berumur 18 tahun berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan soal risiko jika mengeluarkan wang persaraan itu. 

“Itu saya akan fikir kemudian, yang penting untuk kelangsungan hidup saya sekarang. Kalau tak saya perlu ikat perut kerana gaji tidak cukup,” katanya.

Nur Aryani Natasha Zainudin - Gambar Diyana Nawar
Nur Aryani Natasha Zainudin - Gambar Diyana Nawar

Pembantu klinik Nur Aryani Natasha Zainudin, 22 pula berkata, duit KWSP itu akan digunakan bagi menbayar ansuran kereta, membeli barangan dapur dan bakinya akan disimpan untuk kegunaan kecemasan.

“Saya tak ada duit simpanan untuk kecemasan, duit wang tunai dalam tangan. Jadi saya memang nak keluarkan duit KWSP untuk dijadikan duit kecemasan.

“Kemudian saya akan guna bayar hutang kereta dua bulan dan untuk perbelanjaan dapur bagi keluarga,” katanya.

Ditanya, adakah tidak bimbang wang persaraannya berkurangan dengan pengeluaran itu, gadis itu berkata dia masih mempunyai masa untuk mengumpul semula wang dalam akaun KWSP.

“Betul saya ada fikir juga duit saya akan berkurangan tapi lepas ini saya akan kumpul semula, lagipun umur saya muda lagi, masih ada masa yang panjang,” katanya.

Bagi pekerja swasta Amirul Naim, 25 dan rakannya Farhan Najdi, 25, tidak ada keperluan untuk mereka mengeluarkan wang itu.

Farhan Najdi - Gambar Diyana Nawar
Farhan Najdi - Gambar Diyana Nawar

Mereka memberitahu hanya datang ke pejabat KWSP untuk mendapatkan kata laluan bagi menggunakan aplikasi KWSP.

“Kita tak bawa keluar duit KWSP sebab masih belum ada keperluan yang mendesak lagi.

“Jadi kami ambil pendekatan untuk tunggu dulu, cuma hari ini datang untuk aktifkan kata laluan sahaja,” kata mereka. 

Biarpun tidak mengeluarkan wang KWSP, keduanya menyifatkan langkah kerajaan membuka akaun ketiga memberi manfaat kepada rakyat.

“Bagi kami ia langkah yang baik sebab kita boleh akses bila-bila masa untuk guna duit. Jadi bolehlah guna sekiranya ada kecemasan,” kata mereka.

Kerajaan meluluskan langkah membuka akaun ketiga atau akaun fleksibel bagi membolehkan pencarum mengakses wang mereka pada bila-bila masa.

Pencarum KWSP yang berusia 40 tahun ke atas dibenarkan mengeluarkan sehingga 30 peratus daripada simpanan mereka untuk dipindah masuk ke dalam akaun fleksibel.

Melalui Akaun Fleksibel ini, pencarum boleh mengeluarkan wang mereka secara terus dengan kadar maksimum RM250 sehari.

Langkah kerajaan mewujudkan akaun fleksibel ini bagaimanapun menerima pandangan berbeza pelbagai pihak.

Ada yang menyambut baik langkah itu dan menyifatkan ia sebagai satu bantuan yang sangat diperlukan manakala pakar ekonomi pula  bimbang tentang implikasi jangka panjang terhadap simpanan persaraan rakyat. - Getaran, 15 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KWSP Terima Lebih 2 Juta Permohonan Pindahan Dari Akaun Sejahtera Ke Akaun Fleksibel

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad