web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2024 2:49PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAIPING - Seorang nelayan dan pembantu kedai makan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 21,037.10 gram pada awal bulan ini.

Mond Fauzi Mond Mokhtar, 42, dan Dzulkarnai Maliki, 47, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan serentak di hadapan Majistret Nur Atiqah Sapari, namun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mohd Fauzi dan Dzulkarnai didakwa bersama-sama mengedar dadah itu di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan Kedai Lam Loong Pohto House Son Bhd, Jalan Medan
Simpang di sini pada kira-kira 11.15 malam 3 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

la memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Nishaalini, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 12 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad