web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Tingkatan 2 Tunggang Motosikal Maut, Rakan Cedera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2024 4:23PM

Kemalangan berlaku di Kilometer 1.0 Jalan Bandar Penawar-Punggai, di Kota Tinggi semalam. – Gambar IPD Kota Tinggi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Seorang pelajar Tingkatan Dua maut manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggang mereka dilanggar sebuah kereta ketika memasuki simpang di Kilometer 1.0 Jalan Bandar Penawar-Punggai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora dalam kenyataan berkata, remaja lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solariz itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada kira-kira 6.50 petang.

Menurutnya motosikal mangsa yang dipercayai dari arah Desaru menuju ke Taman Desaru Utama dirempuh kereta jenis Kia Rio dipandu seorang wanita yang berada di laluan lurus.

"Penunggang motosikal itu dipercayai tidak memakai topi keledar, manakala pembonceng memakainya.

"Jenazah mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan, manakala rakannya yang mengalami kecederaan patah tangan kiri masih mendapat rawatan di hospital sama," katanya.

Hussin berkata pemandu wanita berusia 22 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad