web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perintah Bela Diri Bung Moktar, Isteri Bercanggah Dengan Keterangan Di Mahkamah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 8:17AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa perintah Mahkamah Sesyen supaya Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad membela diri atas tiga pertuduhan rasuah adalah bercanggah dengan keterangan saksi.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid, dalam penghakiman bertarikh 20 April lalu, berkata dua saksi penting pendakwaan iaitu ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid dan konsultan Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.

"Madhi semasa disoal oleh pendakwaan menafikan bahawa RM2.8 juta yang dibayar kepada tertuduh kedua (Zizie Izette) di Public Bank Taman Melawati adalah untuk tertuduh pertama (Bung Moktar).

"Norlaili turut mengesahkan bahawa tiada unsur suapan atau permintaan untuk perkara itu dalam kes ini. Beliau turut mengesahkan bahawa wang yang dibayar kepada tertuduh kedua adalah bayaran pengenalan," katanya.

Beliau berkata, meskipun begitu, Mahkamah Sesyen telah memilih untuk menerima pernyataan terdahulu kedua-dua saksi yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa siasatan.

"Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa keterangan lisan kedua-dua saksi tidak memberi kesan kepada pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh," katanya.

Beliau juga berkata, Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila memutuskan pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan ini menyebabkan berlaku ketidakadilan yang serius kepada kedua-dua tertuduh.

Justeru, hakim itu berpandangan adalah sesuai dan wajar untuk Mahkamah Tinggi menggunakan kuasa semakannya.

"Oleh itu, kedua-dua permohonan dibenarkan dan keputusan Mahkamah Sesyen diketepikan serta diganti dengan perintah pembebasan dan pelepasan tanpa dipanggil membela diri," katanya.

Bung Moktar dan Zizie Izette dibebaskan pada 7 September 2023 selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan mereka terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan pasangan itu membela diri atas pertuduhan rasuah.

Susulan itu, pendakwaan memfailkan rayuan pada 18 September tahun lalu dan Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Julai ini untuk pendengaran kes tersebut.

Pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen telah mengarahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah dan ini menyebabkan mereka memfailkan permohonan semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi.

Bung Moktar, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA, telah didakwa pada 3 Mei 2019 dengan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk melabur sebanyak RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau didakwa menerima suapan itu daripada Madhi melalui Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga didakwa menerima suapan RM337,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan tempat yang sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung kesalahan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad