web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sah Ada Potong Giliran, JKN Perak Kesal Tindakan Doktor

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 5:24PM

JKN sahkan berlaku pemotongan giliran melibatkan pemberian vaksin di PPV Dewan Bandaran Teluk Intan, seperti tular di media sosial. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak mengesahkan terdapat pemotongan giliran dalam pemberian vaksin COVID-19 , di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Bandaran Teluk Intan.

Pengarahnya, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, siasatan oleh jabatan itu mendapati berlaku ketidakpatuhan dalam proses pemberian vaksin apabila pengurusan PPV Dewan Bandaran Teluk Intan membenarkan individu tidak berkenaan menerima suntikan terbabit, seperti yang tular di media sosial.

Menurut beliau, pihak pengurusan PPV tersebut didapati telah menerima masuk warga tempatan yang memohon mendapatkan vaksin awal kerana dipanggil semula menyambung pengajian di luar negara tanpa mendapat tarikh janji temu melalui MySejahtera.

Katanya, selain itu pihak pengurusan PPV tersebut juga dikesan gagal membuat tapisan secara teliti apabila memberikan vaksin kepada seorang bukan warga negara tanpa sebarang justifikasi yang membenarkan penerima mendapatkan suntikan awal.

"Pihak pengurusan PPV Daerah Hilir Perak komited dalam memastikan hanya golongan yang layak menerima vaksin dalam fasa 2 diberikan keutamaan menerimanya.

"Oleh itu, proses semakan dan penentuan kelayakan menerima vaksin dipertingkatkan berdasarkan kriteria yang ditetapkan," katanya hari ini.

Lay Ming berkata, pihak pengurusan PPV berkenaan juga telah menyediakan kaunter bagi mereka yang terlepas janji temu untuk mendapatkan tarikh baharu.

“JKN Perak akan terus menjalankan pemantauan rapi dan penyeliaan di semua PPV awam bagi memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan mengikut kriteria ditetapkan.

“Orang ramai di negeri ini boleh menyalurkan aduan mengenai sebarang isu di PPV kepada JKN Perak melalui e-mel [email protected] atau menerusi talian 05-2410 252 dan 05-2410 107,” katanya.

Terdahulu, Getaran hari ini melaporkan dakwaan penyalahgunaan itu tular di laman Twitter, apabila doktor bertugas dipercayai menyelitkan nama penerima vaksin yang tiada dalam senarai.

Ciapan di Twitter itu juga mendakwa perbuatan itu bukan kali pertama berlaku. - Getaran, 5 Jun 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad