web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jabatan Kesihatan Perak Siasat Dakwaan Selit Nama Penerima Vaksin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 9:10AM

Terdapat dakwaan ada doktor yang memasukkan nama yang tiada dalam senarai untuk suntikan vaksin. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Siasatan akan dijalankan Jabatan Kesihatan Perak berhubung tindakan seorang doktor yang didakwa memasukkan nama penerima vaksin yang tiada dalam senarai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini.

Kisah penyalahgunaan itu tular di laman Twitter, yang mendakwa doktor berkenaan menyelitkan nama penerima vaksin yang tiada dalam senarai, dipercayai berlaku di sebuah Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) Teluk Intan.

Ciapan itu juga mendakwa perbuatan terbabit bukan kali pertama berlaku, dan ia harus dihentikan dengan segera.

Ia menerima pelbagai reaksi netizen yang meminta pihak berwajib menyiasat dakwaan itu, bagi memastikan ia tidak terus berulang.

Timbalan Pengarah Kesihatan Perak (Kesihatan Awam), Dr Ummi Kalthom Shamsudin berkata, siasatan dijalankan sebaik pihaknya menerima makluman berkenaan.

"Kami dah ambil maklum ia (berlaku) di PPV Teluk Intan dan kelihatan seperti orang fasa tiga yang masuk.

"Siasatan sedang dilakukan dan kami akan keluarkan kenyataan berkaitan kejadian tersebut,” katanya.

Kenyataan dari JKN Perak akan dikeluarkan sebaik siasatan penuh berhubung dakwaan itu diperoleh. - Getaran, 5 Jun 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 34 minit yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad