web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 8:25PM

Jenazah lapan mangsa nahas helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut tiba di Surau Salahuddin Al-Ayubi Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja hari ini untuk disolatkan dan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jenazah lapan mangsa nahas helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam, selesai disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Ipoh kira-kira 6 petang ini.

Van yang membawa jenazah mangsa beragama Islam itu tiba di kem berkenaan pada 4.50 petang, sebaik proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh selesai jam 2.20 petang, sebelum dimandi dan dikafankan.

Jenazah lapan pegawai dan anggota TLDM itu disembahyangkan di Surau Jumaat Salahudin Al-Ayubi Kem 23 RAMD yang diimamkan Pegawai staf 1 agama Markas Tentera Laut, Lt Kol Ahmad Kamil Abdullah.

Sementara itu, suasana pilu dan hiba menyelubungi istiadat berkenaan dengan kehadiran waris mangsa yang mengiringi perjalanan terakhir wira negara itu.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayub.

Lapan jenazah itu adalah Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, Komander Muhammad Firdaus Ramli, Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Usai istiadat itu, jenazah dibawa ke destinasi yang dimohon oleh waris masing-masing untuk dikebumikan.

Sementara itu, dua jasad bukan Muslim iaitu Leftenan Sivasutan Thanjappan dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna masing-masing akan dibawa ke kediaman mereka di Kampung Serdang Sitiawan dan diterbangkan ke Serian, Sarawak.

Dalam kejadian pada jam 9.32 pagi semalam, 10 anggota dan pegawai TLDM maut apabila dua helikopter terhempas ketika raptai lintas hormat bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad