web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 9:21AM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 519.36 tan metrik atau 51,936 kampit beras putih tempatan (BPT) telah diagihkan setakat kelmarin menerusi Program Khas Beras Putih Tempatan sebagai langkah jangka pendek untuk mengawal isu kekurangan bekalan beras dalam pasaran.

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dalam kenyataan semalam memaklumkan pengedaran BPT LPP dilaksanakan melalui penglibatan bersama Pertubuhan Peladang Negeri dan Pertubuhan Peladang Kawasan yang berpotensi di seluruh Malaysia.

"Pengagihan itu melibatkan sebanyak 103 Pertubuhan Peladang (PP) melalui outlet-outlet pemasaran PP seperti Peladang Outlet, Agrobazar PP dan Kedai Peladang. 

"Pada tahun 2023, sebanyak 2,101 tan metrik (210,100 kampit) BPT telah dibuat edaran dengan nilai kos belian RM5,357,550," menurut kenyataan itu.

LPP turut memaklumkan sebanyak 34 program Jualan Agro MADANI (JAM) telah dilaksanakan setakat kelmarin dengan nilai jualan RM1,094,242 membabitkan penjimatan RM136,741 dan turut menyasarkan 78 program jualan itu dilaksanakan tahun ini.

Pada 2023, sebanyak 114 program JAM telah dilaksanakan dengan nilai jualan RM2,150,000 dan penjimatan sebanyak RM470,000 membabitkan 954 usahawan dengan anggaran pengunjung mencecah 250,000 orang. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran