web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 4:16PM

Jurujual Oo Saw Kee, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap lelaki sindrom down, minggu lalu. gambar FB 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU - Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyimbah seorang lelaki sindrom down dengan air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri seperti yang tular di media sosial, minggu lalu.

Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Oo Saw Kee, 39, selepas dia mengaku bersalah mencederakan A. Solairaj, 33, di I-Park Apartment di Bayan Lepas pada 19 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda serta sebatan.

Mahkamah turut memerintahkan jurujual itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan akan dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda.

Ahzal Fariz berkata, mahkamah mendapati ia adalah kesalahan yang serius, tidak berperikemanusiaan dan kejam terhadap seseorang yang istimewa yang tidak melakukan sebarang provokasi terhadap Oo ketika kejadian.

Hakim berkata, mahkamah berkongsi sentimen masyarakat dan hukuman terhadap tertuduh juga sebagai peringatan kepada masyarakat supaya tidak mengulangi perbuatan seperti itu terhadap orang kurang upaya (OKU), sebaliknya mewujudkan persekitaran harmoni dalam kalangan rakyat majmuk di negara ini.

Berdasarkan pertuduhan, Oo dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa dengan menggunakan suatu alat panas yang boleh menyebabkan kelecuran iaitu sebuah botol air mengandungi air panas di Lif no 2, I-Park Apartment, Jalan Rajawali, Bayan Lepas pada jam 9.24 pagi, 19 April lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail memohon mahkamah memberikan hukuman berat kerana kesalahan dilakukan dengan begitu kejam dan video insiden dalam lif yang tular itu turut mengundang kutukan masyarakat.

Mohd Nordin juga meminta hukuman berat kerana berdasarkan kesan pernyataan saksi iaitu adik kepada mangsa, Solairaj telah melecur pada bahagian belakang badan, bahu dan leher akibat terkena air panas dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang dekat sini.

Bagaimanapun, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Edric Loo yang mewakili Oo merayu supaya jaminan minimum dikenakan atas alasan tertuduh seorang jurujual dengan gaji RM1,500 sebulan dan ia adalah kesalahan pertamanya.

Pada Jumaat lalu, video insiden dalam lif berdurasi 20 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita menyimbah air panas terhadap seorang lelaki OKU dan siasatan polis mendapati perselisihan faham disyaki menjadi punca kejadian itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Denda SR10,000 Menanti Jika Ditangkap Tunaikan Haji Tanpa Permit

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Anak Sulung, Simbah Anak Bongsu Air Panas

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Video Rakaman Percakapan Bella Dimainkan Di Mahkamah

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad