web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Didakwa Bunuh Anak Sulung, Simbah Anak Bongsu Air Panas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 5:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang tukang kasut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak sulungnya sebelum mayat mangsa ditanam di kawasan riadah dekat sini, awal bulan ini.

Mohd Yasin Halik, 40, didakwa membunuh kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu di sebuah rumah di Jalan Pudu, Dang Wangi pada 9 malam, 9 Disember lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 21 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Di mahkamah sama, Mohd Yasin dijatuhkan hukuman penjara empat bulan selepas mengaku bersalah menyimbah air panas ke badan teman wanitanya, Suma, yang juga warga Indonesia, sehingga menyebabkan mangsa melecur pada punggung kiri.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama pada 1 pagi, 8 Disember lepas, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkap pada 11 Disember lepas.

Terdahulu, Chai Sia bertanya kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam sama ada beliau ingin membuat rayuan bagi meringankan hukuman.

Mohd Yasin yang kelihatan tenang sepanjang prosiding hanya menggelengkan kepala.

Di Mahkamah Sesyen pula, Mohd Yasin mengaku bersalah menyimbah air panas menggelegak daripada pemanas air ke atas anak bongsunya, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, di lokasi sama pada 12 tengah hari, 1 Dis lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan 9 Jan tahun depan bagi fakta kes dan hukuman.

Pendakwaan hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar dan B Sareeka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi