web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Denda SR10,000 Menanti Jika Ditangkap Tunaikan Haji Tanpa Permit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2024 2:20PM

Larangan menunaikan ibadah haji tanpa permit terpakai ke atas semua pihak termasuk rakyat Arab Saudi sendiri - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Denda SR10,000 (RM12,540) menanti jemaah haji sekiranya ditangkap menunaikan ibadah itu tanpa permit.

Jurucakap Kementerian Haji Arab Saudi berkata, peraturan tersebut dikuatkuasakan Kementerian Dalam Negeri untuk musim haji 1445 Hijrah.

Menurut beliau, larangan menunaikan haji tanpa permit terpakai ke atas semua jemaah, termasuk rakyat Arab Saudi sendiri.

“Peraturan sama dikuatkuasa untuk pemastautin tetap dan pelawat tanah suci Makkah.

“Hukuman itu akan meningkat dua kali ganda untuk kesalahan berulang,” katanya menerusi ciapan di X.

Beliau memberi amaran, golongan ekspatriat yang melanggar peraturan ini akan dihantar pulang ke negara masing-masing dan diharamkan daripada memasuki Arab Saudi untuk satu tempoh tertentu.

“Pihak yang terbabit ‘menyeludup’ jemaah pula sekiranya ditangkap, berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga SR50,000 (RM62,701),” katanya.

Jelas jurucakap itu, permit haji diperlukan untuk memasuki tanah suci, bandar Makkah, pusat kawalan keselamatan sementara, pusat kawalan keselamatan dan Stesen Kereta Api Al Haramain di Al-Rusaifa.

“Visa Haji diperlukan untuk menunaikan ibadah haji dan perlu diperoleh sebelum ketibaan jemaah di Arab Saudi.

“Individu yang menggunakan visa pelancong, lawatan, pekerjaan, transit dan visa lain seumpamanya tidak dibenarkan menunaikan ibadah haji,” katanya.

Beberapa hari lalu, sekitar 300 jemaah Malaysia terkandas di Makkah  kerana memasuki tanah suci menggunakan visa pelancong, selepas terpedaya dengan pakej murah ditawarkan sebuah agensi pelancongan.

Mereka dilaporkan masih belum menerima gelang haji masing-masing, malah diingatkan oleh pihak agensi agar tidak meninggalkan bilik hotel kerana dikhuatiri ditahan pihak berkuasa. - Getaran, 15 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad