web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 2:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada waris dan keluarga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbabit nahas pertembungan dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, pagi tadi.

Ucapan takziah baginda yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM itu dimuat naik melalui akaun media sosial Selangor Royal Office.

“Pagi ini Beta dikejutkan dengan insiden dua buah helikopter yang telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Beta difahamkan bahawa kesemua 10 orang kru yang juga anggota TLDM telah meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

“Selaku Kepten Yang Dipertua TLDM, Beta ingin menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita susulan tragedi menyayat hati yang berlaku pada bulan Syawal dan semasa ulang tahun ke-90 Tentera Laut DIraja Malaysia (TLDM) ini.

“Beta juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada waris dan keluarga anggota TLDM yang terkorban dan berharap semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin Idris Shah juga bertitah, baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas dan mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat-Nya dan bersemadi dengan aman.

Titah baginda, sesungguhnya nahas itu adalah satu kehilangan besar kepada TLDM dan negara.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara berdukacita dengan tragedi menyayat hati dan meruntun jiwa itu.

Menerusi hantarannya di laman sosial hari ini, Anwar berkata,  tragedi itu sebagai satu kehilangan besar buat negara.

“Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban dengan doa agar diberi kekuatan dalam menghadapi musibah ini.

“Tragedi ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kehilangan besar buat negara,

“Mendoakan semoga roh semua yang terkorban dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa mereka. Semoga Tuhan mengasihi mereka dan memberi tempat dan kedudukan yang istimewa di-sisiNya,”katanya.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi, kedua-dua pesawat yang berlepas dari Padang Setiawan sedang menjalani Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.

Unit Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut memaklumkan, tujuh daripada mangsa adalah kru pesawat jenis Helikopter Operasi Maritim, manakala tiga lagi mangsa adalah kru dari pesawat jenis FENNEC TLDM. – Getaran, 23 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad