web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Reman Suspek Kes Tembak KLIA Disambung 5 Hari Lagi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 1:51PM

Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pagi ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BAHRU- Mahkamah Majistret Kota Bharu pagi ini membenarkan tempoh reman suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada Ahad lepas, disambung lima hari lagi.

Memetik daripada laporan Berita Harian, perintah reman terhadap suspek berusia 38 tahun itu, dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri yang akan berkuatkuasa esok sehingga Sabtu ini, 27 April.

Proses sambung reman lelaki itu dibenarkan majistret bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sebelum ini perintah tempoh reman suspek dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid selama seminggu bermula 16 April yang berakhir hari ini.

Terdahulu portal itu melaporkan suspek tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada jam 8.35 pagi dengan memakai pakaian lokap dan dikawal ketat pihak polis.

Suspek itu juga sempat beberapa kali mengungkapkan bahawa dia masih menyayangi isteri selain sempat berterima kasih kepada pihak media semasa dalam perjalanan masuk ke bangunan mahkamah

“Assalamualaikum, saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md Isa, terima kasih,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi Ahad lepas, suspek dipercayai melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya.

Pengawal peribadi berkenaan, Muhammmad Nur Hadith Zaini, 38, kini dirawat di sebuah hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Polis sebelum ini berusaha mengesan Hafizul Hawari, 38, bagi membantu siasatan kes berkenaan. – Getaran, 22 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad