web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 9:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan tiga pemilik akaun media sosial bagi membantu siasatan satu kes yang dipercayai melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan rakaman percakapan Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard dan Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dibuat di lbu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor.

Menurut MCMC, rakaman percakapan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo pula dilakukan di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur.

“Penyebaran kandungan tidak benar dengan niat mengganggu pihak lain melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

"Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut," menurut kenyataan itu.

MCMC turut memaklumkan pegawai penyiasat telah menyita telefon bimbit milik ketiga-tiga individu terbabit yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sehubungan dengan itu, MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Nafi Dipengaruhi, MCMC Buat Laporan Polis Terhadap Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad