web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nafi Dipengaruhi, MCMC Buat Laporan Polis Terhadap Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2024 8:24AM

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan pegawainya bertindak atas arahan yang berkepentingan politik serta bersifat penyalahgunaan kuasa dalam siasatan membabitkan tiga individu terkenal.

Melalui satu kenyataan media, MCMC juga berkata, ada antara ketiga-tiga individu berkenaan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegubard, Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo), memfitnah Suruhanjaya itu dengan menyatakan pegawainya yang terbabit dengan rakaman percakapan sudah muak dengan kerajaan semasa, seerta bertanya bila kerajaan akan bertukar.

Sehubungan itu, katanya, ia sudah membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga individu berkenaan kerana membuat dan menyebarkan tuduhan palsu terhadap pegawai MCMC.

Suruhanjaya itu menyebut, laporan polis itu dibuat pada Jumaat lalu, terhadap ketiga-tiga individu berkenaan, susulan kandungan yang dimuat naik mereka di platform media sosial TikTok, Facebook dan YouTube pada 17 April lalu.

"Sebagai sebuah badan berkanun, MCMC melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.

“Oleh itu, MCMC menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat individu-individu berkenaan dan menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, penyebaran kandungan tidak benar termasuk dengan niat mengganggu pihak lain ialah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali. – Getaran, 21 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad