web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Terima Kasih PMX, Allah Sahaja Yang Dapat Membalas’ - Nadir Al-Nuri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2024 9:33AM

Perdana Menteri (dua, kiri) ketika bertemu Nadir Al-Nuri (dua, kanan) pada satu majlis - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah hampir dua tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, namun masih ada segelintir rakyat negara ini mencemuh beliau.

Masih banyak pihak yang menjadikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ini  objek untuk dicaci maki, malah tak kurang mendoakan beliau ditimpa musibah.

Namun tatkala seribu mulut memilih untuk mengeji, aktivis Malaysia di Palestin, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memilih untuk berterima kasih.

Mungkin kedengarannya seperti mahu membodek, tapi hakikatnya Perdana Menteri adalah individu bertanggungjawab menjayakan ‘misi gila’ membawa keluar keluarga Nadir dari bumi Rafah yang sedang bergolak.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Cinta Gaza Malaysia yang lebih mesra dikenali sebagai Nadir Al-Nuri ini berkata, seluruh jiwanya masih ada di bumi Gaza walaupun beliau sudah selamat kembali ke tanah air.

“Hati saya hanya Allah sahaja yang tahu, betapa seluruh jiwa ini tertinggal di bumi G (Gaza). Anak kecil, wanita dan keluarga berpindah-randah saat rumah kami juga habis dimusnahkan.

“Naik turun emosi bila dapat berita jiran, sahabat dan kaum kerabat kami di sana terkorban saban hari. Di sana setiap 10 minit satu jiwa akan syahid! Waktu malam adalah waktu yang sukar untuk memejamkan mata saat mendapat berita ada seluruh keluarga sahabat terkorban akibat bedilan regim yang memang mensasarkan orang awam,” katanya.

Dalam hantaran penuh emosi itu, beliau memberitahu, kisah bermula saat Gaza sedang sengit berperang dan keluarganya berjaya mengharungi kepayahan untuk sampai ke Rafah bagi menyelamatkan diri.

“Saya bersama sahabat merangkap kekanda kami, (Dr) Sani Araby MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) diberikan peluang bertemu watak utama misi menyelamat sebulan lepas di satu majlis di Shah Alam, beberapa hari sebelum beliau ke Berlin.

“Dalam ramainya orang, sempat saya maklumkan keluarga terkandas di Rafah. Beliau hanya sempat membelek kiriman kami, memberikan respon ringkas 'saya akan bantu' dan terus menaiki kenderaannya memecut ke majlis seterusnya,” katanya.

Akui Nadir, hatinya luluh apabila membayangkan ia mungkin sekadar janji manis atau bahasa orang politik. 

“Namun dalam surat saya, ada saya akhiri ayat dengan 'Kepada Allah jualah kami berserah'. Saya langsung tawakal dan dan serahkan segalanya kepada Allah.

“Sehari sebelum Aidilfitri, saya dihubungi Setiausaha Politik PMX, Tuan (Ahmad) Farhan Fauzi, watak penting yang mengusahakan misi ini. Sejak awal peperangan beliaulah yang kerap menjemput kami ke pejabatnya di Putrajaya dan selalu menghubungi kami bertanyakan keadaan keluarga dan perkembangan di Gaza.

Jelas Nadir, panggilan Ahmad Farhan kali ini bagaimanapun membawa nada berbeza dan lebih serius berbanding sebelum. 

“Beliau memaklumkan kami untuk datang ke satu lokasi khas. Saya dan (Dr) Sani saja dibenarkan ke sana! Allahuakbar. Ada apa pula ni? Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam movie.

“Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan,” katanya, sebak.

Tegas Nadir, beliau sudah biasa melalui perang di Gaza, melihat kehilangan dan air mata serta cekalnya kehidupan. 

“Tetapi misi ini saya katakan 'Misi Gila' kerana bukan mudah untuk dikeluarkan keluarga saya saat bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus, malah ketegangan di sempadan juga berlanjutan. 

“Namun secara senyap pemimpin negara menghubungi pihak sana; ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain,” katanya, ikhlas.

Beliau memberitahu, proses evakuasi keluarganya berjalan dengan begitu cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1001 cabaran tersirat. 

“Kisahnya akan keluar satu demi satu tetapi tak semua saya berhak untuk kongsikan. Suka beliau atau tidak, dalam soal P (Palestin) umat perlukan satu ketumbukan. P pernah bergantung kepada garangnya Saddam Hussein, kemudian lantangnya (Recep Tayyip) Erdogan. Kini tiba giliran kita dan yang boleh kita banggakan ialah ketegasan Malaysia dalam bersolidariti. 

“Tindakan Perdana Menteri menghalang kemasukan kapal milik penjajah ke pelabuhan negara, ketegasan menyatakan sokongan kepada Hamas dan mutakhir jawapan berpendirian di hadapan Chancellor German menjadikan nama Malaysia disebut-disebut di kalangan marhaen di jalanan bumi penuh keberkatan selain menjadi bual bicara di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau pada hantaran sama turut menyuarakan harapan agar seluruh rakyat Malaysia bersatu membela nasib rakyat Palestin, menjadi jaguh di peringkat dunia dan berani mengiringi kata-kata dengan langkah di alam nyata.

“Untuk PMX, PMO (Pejabat Perdana Menteri), (Dr) Sani dan semua pihak yang menjayakan usaha ini samada secara langsung mahupun mendoakan, kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga.

“Semoga Allah sahaja membalas jasa kalian semua, ameen,” katanya. - Getaran, 16 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Semasa 3 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

3

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

4

Semasa 2 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad