web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kupang Di Port Dickson Masih Tidak Selamat Dimakan - JPNS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2024 4:53PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kupang di Port Dickson masih tidak selamat untuk dimakan dan larangan penjualannya kepada pengusaha atau nelayan masih dilaksanakan, kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS), Kasim Tawe.

Beliau berkata, hasil analisis sampel kedua kupang dan air diambil daripada perairan Port Dickson oleh makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur masih mengesan biotoksin melebihi kadar had pengambilan yang selamat.

"Kami perlukan tiga ujian untuk mengenal pasti sama ada nak teruskan atau batalkan larangan mengambil serta menjual kupang dari lokasi terbabit. Sampel ketiga sudah diambil hari ini dan dijangka Jumaat ini untuk keputusannya.

"Jadi, buat masa ini kupang di kawasan itu masih tidak selamat untuk dimakan dan larangan penjualannya kepada pengusaha atau nelayan masih dilaksanakan," katanya kepada BERNAMA, di sini hari ini.

Beliau berkata, kadar biotoksin yang dikesan dalam sampel kedua lebih rendah berbanding sampel pertama, namun ia masih belum mencapai kadar selamat untuk manusia iaitu 800 per bilion (ppb).

Kasim berkata, kehadiran biotoksin di perairan terbabit juga berlaku secara semula jadi dan berkemungkinan dipercepatkan oleh perubahan cuaca atau kandungan nutrien air laut di perairan itu.

Pada 4 April lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF, Wan Aznan Abdullah dilaporkan berkata, hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.

Beliau berkata, sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Cedera Parah Diserang Buaya Ketika Menjala

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Ibu Didakwa Bagi Anak Usia 1 Tahun Minum Racun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Usia Hampir 7 Dekad, Kee Yong Masih Teruja Hias Kampung Sempena Tahun Baharu Cina

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar