web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Saman Khairy Isu Vaksin Selesai, Lokman Adam Setuju Buat Permohonan Maaf

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2024 4:44PM

Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menghadiri kes saman fitnah terhadap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berhubung isu vaksin COVID-19 telah diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin terhadap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung isu vaksin COVID-19 selesai secara baik di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Peguam Abdul Rashid Ismail yang mewakili Khairy memaklumkan kepada mahkamah bahawa antara terma-terma dipersetujui kedua- dua pihak (Khairy dan Lokman Noor) adalah defendan (Lokman Noor) bersetuju untuk memadamkan tujuh hantaran mengandungi video, kapsyen serta foto, dan akan menyiarkan permohonan maaf di akaun Facebook serta Youtube defendan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

"Pihak defendan juga bersetuju untuk memadamkan pernyataan fitnah dan tidak menerbitkan semula atau berkongsi pernyataan fitnah itu serta bersetuju untuk membayar satu jumlah yang tidak didedahkan sebagai pampasan kepada anak guam saya," kata peguam itu pada prosiding di hadapan Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee.

Hakim Lee kemudian merekodkan penyelesaian yang dicapai kedua-dua pihak.

"Mahkamah menghargai usaha kedua-dua pihak untuk menyelesaikan kes. Alhamdulillah ia berjaya diselesaikan. Tahniah dan terima kasih," kata hakim itu.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan tiga hari bermula hari ini untuk perbicaraan kes saman berkenaan.

Sementara itu, peguam Logen Eskander, yang mewakili Lokman Noor ketika ditemui pemberita memaklumkan, permohonan maaf akan disiarkan dalam tempoh 30 hari. Lokman Noor tidak hadir pada prosiding hari ini.

Pada 25 Januari 2022 bekas Ahli Parlimen Rembau itu, yang memfailkan saman atas kapasiti peribadi, mendakwa Lokman telah memfitnahnya menerusi dua video serta memuat naik gambar di laman Facebook Lokman Noor Adam Official pada 6 Januari 2022, membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook itu dan YouTube Lokman Adam pada 10 Jan tahun sama.

Khairy berkata, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau berbohong dan menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19 serta menerima dos ketiga, selain memalsukan maklumat berkaitan status vaksinasi.

Plaintif turut mendakwa penerbitan fitnah itu menyebabkan reputasi dan integriti beliau terjejas teruk, selain mengurangkan kepercayaan serta keyakinan orang ramai terhadapnya sama ada melalui kapasiti peribadi dan profesional, selain menyebabkan reputasi beliau direndahkan dalam kalangan masyarakat yang berfikiran waras.

Khairy ketika ditemui pemberita berkata, beliau berpuas hati dengan keputusan yang dicapai hari ini.

"Saya berterima kasih kepada hakim, saya berpuas hati sebab dia (Lokman) nak minta maaf dan akan membayar seperti mana yang dipersetuju," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar