web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu, Bayi Maut Dalam Kemalangan Kereta Bertembung Lori Tangki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 4:11PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Seorang ibu bersama bayi perempuannya berusia tiga bulan maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki di Jalan Tanjung Balau Bandar Penawar berhampiran Taman Sri Penawar di sini semalam.

Pegawai Bomba Kanan II KUP Azlan Mat Sani dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.38 tengah hari sebelum lapan anggota dan jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Najwa Nurshahira Kamaruzaman, 28, dan anaknya, Felkah Nurnadeera Muhammad Fahmy.

"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah lori tangki.

"Ibu dan bayi terbabit adalah penumpang Perodua Myvi dan mereka didapati tersepit di bahagian penumpang hadapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh PKO menggunakan peralatan khas sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

Menurut Azlan, pemandu Perodua Myvi dikenali sebagai Muhammad Fahmy Ali, 30, dan dua lagi anaknya Muhammad Fakhrul Naufal Muhammad Fahmy, 8, dan Muhammad Fakhrul Naqil Muhammad Fahmy, 5, mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar di sini untuk rawatan lanjut.

"Dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala pemandu lori lelaki berumur 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya, sambil menambah operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.46 petang. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad