web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu Kereta Langgar Mati Warga Pakistan Mengaku Salah Ambil Dadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2024 5:40PM

Pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian langgar mati tiga warga Pakistan yang dalam perjalanan menunaikan solat sunat Aidilfitri Rabu lepas, mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian langgar mati tiga warga Pakistan yang dalam perjalanan menunaikan solat sunat Aidilfitri Rabu lepas, mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mohd Azizol Abd Rasheed, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T. Ashvinii.

Pembantu kedai makanan itu didakwa memasukkan dadah berbahaya jenis Tetrahydro-Cannabinol (THC) ke dalam diri sendiri dengan cara menyalahi undang-undang di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik lbu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak dekat sini, kira-kira 7.45 malam pada 10 April lepas. 

Mohd Azizol didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Pindaan 2003) dan dibaca bersama Seksyen 38B (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya R. Rishan Kumar menawarkan jaminan RM8,000 dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, selain memaklumkan tertuduh telah direman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Faustina Francis yang mewakili Mohd Azizol merayu supaya jaminan minimum dikenakan atas alasan tertuduh menanggung ibunya. 

Majistret kemudian menetapkan jaminan RM3,000 dengan dua penjamin, selain syarat tambahan lelaki itu perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap dua minggu sekali dan menetapkan 5 Jun ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan patologi.

Terdahulu, di mahkamah yang sama, empat lelaki warga Pakistan berumur antara 24 tahun hingga 49 tahun, yang didakwa memukul Mohd Azizol menerusi video yang tular dalam laman sosial sebelum ini direman empat hari hingga Isnin.

Majistret membenarkan permohonan pihak polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. 

Dua hari lepas, media melaporkan hajat enam warga Pakistan untuk mengerjakan solat Aidilfitri tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut selepas dilanggar kereta yang terbabas di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan - Bidor di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian pukul 8.10 pagi itu, kesemua mangsa sedang berjalan ke masjid berdekatan apabila sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah terbabas dan melanggar pejalan kaki berkenaan.

Semalam, media melaporkan polis menahan empat lelaki warga Pakistan kerana memukul pemandu kereta terbabit susulan kemalangan jalan raya yang menyebabkan tiga rakan senegara mereka maut di lokasi kejadian. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad