web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Alkohol Dilarang, Rokok Dibenarkan - Keputusan Pelik Kerajaan Undang Persoalan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 9:34PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Sekatan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) terus dilanda keributan yang seakan tidak berkesudahan, gara-gara tindakan ‘setengah masak’ kerajaan.

Terbaru, polemik minuman keras pula menjadi perhatian ramai, apabila sebuah kedai khusus menjual arak di Bangsar di sini, diarah tutup oleh polis.

Arahan itu ternyata membingungkan kerana kedai terbabit beroperasi selepas menerima kebenaran Kementerian Perdagangan Antarbangsa dan Industri (MITI).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner (ACP) Anuar Omar dipetik sebagai berkata, penutupan tersebut adalah selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majis Keselamatan Negara (MKN), yang menyenaraikan kedai menjual minuman keras di bawah kategori sektor tidak penting (non essential).

Ia turut menghairankan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang melahirkan rasa ‘terkejut’ akibat tindakan terbabit.

“Kedai seperti 7-Eleven pun ada menjual alkohol juga, tapi (masih dibenarkan) buka,” katanya.

Usaha mendapatkan ‘pencerahan’ daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) pula nampaknya mengundang lebih banyak kerut di dahi, apabila tindakan seumpama itu rupanya memiliki ‘kategori’ tersendiri.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid dalam kenyataan kepada The Vibes dipetik sebagai berkata, terdapat beberapa segmen lain di bawah kategori sektor tidak penting itu.

Menurut beliau, penjualan minuman keras sememangnya dilarang oleh MKN sepanjang pelaksanaan PKP 3.0 kerana tesenarai sebagai barangan tidak perlu.

Ia bagaimanapun sama sekali berbeza dengan penjualan rokok, kerana masih dibenarkan walaupun turut berada di bawah senarai yang sama.

Rasional Rosol dalam hal ini jelas kelihatan begitu dangkal apabila berkata, penjualan bahan itu dibenarkan bagi membantu golongan yang berdepan masalah ketagihan merokok.

“Sepanjang PKP, semua premis yang ada menjual minuman keras tidak dibenarkan beroperasi, bukan sekadar kedai alkohol dan minuman seumpamanya sahaja.

“Kami hanya mematuhi SOP ditetapkan MKN. Kerajaan sudah memberi arahan dan tugas kami adalah mematuhi (arahan itu),” katanya.

Peraturan tersebut jelas beliau, turut terpakai ke atas barangan tidak perlu yang lain.

Ditanya mengapa penjualan rokok masih dibenarkan, Rosol berkata barangan itu dianggap satu ‘keperluan’ oleh golongan perokok.

“Kita tidak boleh hentikan penjualan, nanti timbul pula masalah. Hanya perokok sahaja yang faham. Hidup tanpa rokok adalah satu masalah amat besar buat mereka,” katanya.

Berpandukan SOP terkini digariskan MKN, larangan penjualan itu disahkan hanya terpakai ke atas kedai dan kilang minuman keras.

SOP terbabit juga menetapkan bahawa supermarket, farmasi, kedai serbaneka, pasar mini dan pasar raya hanya dibenarkan menjual barangan makanan, minuman dan keperluan asas sepanjang pelaksanaan PKP.

Ia jelas menunjukkan bahawa penjualan rokok juga seharusnya termaktub sebagai satu larangan, walaupun jelas ia tidak berlaku.

Pelik, tetapi benar. – Getaran, 4 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 34 minit yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar