web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Persekutuan Salur Wang Ihsan Lebih RM230 Juta Kepada Kelantan, Terengganu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2024 10:15AM

Kementerian Kewangan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan Wang Ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan, minggu lepas bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

MOF dalam kenyataan memaklumkan selain itu, bayaran RM103.1 juta diberikan kepada kerajaan Terengganu untuk obligasi kerajaan negeri kepada kontraktornya.

Menurut kenyataan itu sebarang baki Wang Ihsan akan tetap digunakan untuk Terengganu dan Kelantan melalui projek atau program cakna rakyat seperti program basmi kemiskinan dan projek infrastruktur asas demi kesejahteraan rakyat di negeri tersebut.

"Kerajaan MADANI sentiasa bersikap adil dan saksama dalam hal pemberian kepada semua kerajaan negeri.

"Ini dicerminkan melalui peningkatan Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri serta Peruntukan Pembangunan untuk semua negeri bagi tahun 2023 dan 2024,"
menurut kenyataan itu.

MOF juga memaklumkan Pemberian Negeri disalurkan kepada semua negeri secara serentak setiap bulan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan sama menyebut Kerajaan MADANI komited memastikan bahawa Wang Ihsan dikhususkan untuk manfaat negeri Terengganu dan Kelantan dengan keutamaan kepada perbelanjaan yang benar-benar membantu rakyat Terengganu dan Kelantan.

"Kerajaan sentiasa terbuka kepada perbincangan serta cadangan daripada Kerajaan Terengganu dan Kelantan berhubung penggunaan Wang Ihsan supaya dapat dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat Terengganu dan Kelantan," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Menurut kenyataan itu, tahun lepas, Wang Ihsan petroleum sebanyak RM786 juta telah disalurkan kepada Kerajaan Terengganu dan RM200 juta kepada Kerajaan Kelantan oleh
Kerajaan MADANI.

MOF menjelaskan pemberian Wang Ihsan bukan merupakan pemberian Kerajaan Persekutuan yang termaktub dalam undang-undang. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad