web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 4:24PM

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan kes Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular di media sosial baru-baru ini, dijangka siap dalam tempoh lima hari lagi sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihak polis sudah merakam keterangan Dr Muhamad Akmal semalam dan kertas siasatan sedang dilengkapkan, sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu hadapan.

"Kertas siasatan sedang dilengkapkan selepas keterangan diambil daripada beliau semalam," katanya ringkas ketika dihubungi BERNAMA.

Semalam, Razarudin mengesahkan Dr Muhamad Akmal ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi Multimedia 1998, selepas menerima dua laporan berhubung ucapan di media sosial dan di Kelantan, mengenai isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Dr Muhamad Akmal menerusi Facebook rasminya semalam turut memaklumkan beliau ditahan, walaupun sudah dijadualkan untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi di ibu negara hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Siasatan Kematian Kadet UTM Syamsul Haris Akan Dibuat Jika Perlu - AG

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Pensyarah Didakwa Hina Nabi Dirujuk Ke AGC Selasa Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini Siap Sebelum Jumaat – KP Selangor

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad