web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2024 8:00PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman RM100 juta seorang guru tadika M. Indira Gandhi terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan, kerana didakwa gagal menangkap bekas suaminya dan mengembalikan anak perempuannya yang diculik lelaki itu.

Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan bukti dikemukakan di mahkamah yang menunjukkan usaha dilakukan KPN Tan Sri Abdul Hamid Bador dan PDRM ketika itu, tidak menunjukkan sebarang pengabaian tugas.

"Melihat kepada semua bukti di hadapan saya dan ditambah pula dengan fakta bahawa untuk membolehkan plaintif berjaya dalam tort of nonfeasance, plaintif perlu menunjukkan wujudnya niat jahat, adalah mustahil untuk mahkamah membuat kesimpulan bahawa KPN dan PDRM tidak cuba mencari bekas suami wanita itu iaitu Muhammad Riduan Abdullah.

"Saya membuat kesimpulan bahawa KPN dan PDRM menjalankan tugas mereka mengikut cara yang mereka anggap paling sesuai. Cara mereka menjalankan penyiasatan adalah mengikut budi bicara mereka yang luas dan saya tidak berada dalam kedudukan untuk meraguinya.

"Pada asasnya, apa yang penting bagi saya ialah terdapat bukti yang siasatan telah dijalankan dan masih berjalan. Oleh itu, saya menerima keterangan Abdul Hamid dan ASP Yap Siew Cheng berhubung keseluruhan senario siasatan serta mendapati baik KPN mahupun PDRM tidak mempunyai niat jahat dalam perkara ini," katanya.

"Memandangkan hakikat dan keadaan yang menyelubungi pertikaian ini, saya tidak membuat sebarang arahan mengenai kos," katanya.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Kementerian Dalam Negeri.

Dalam saman yang difailkan pada 28 Oktober 2020, Indira Gandhi mendakwa KPN dengan sengaja dan cuai tidak mengendahkan perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan, kerana gagal menyiasat atau mengambil tindakan sewajarnya untuk mengembalikan anak perempuannya Prasana Diksa, yang kini berusia 16 tahun kepadanya.

Pada 2009, bekas suami Indira Gandhi, Muhammad Riduan secara unilateral mengislamkan ketiga-tiga anaknya tanpa kebenaran Indira Gandhi, sebelum ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak, tetapi pada 2018 Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama unilateral ketiga-tiga anak itu sebagai batal dan tidak sah.

Prasana Diksa diambil Muhammad Riduan ketika berusia 11 bulan, sejurus selepas lelaki itu memeluk Islam.

Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2010, memberikan hak penjagaan penuh kanak-kanak itu kepada Indira Gandhi. 

Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengesahkan perintah mandamus yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi, mengarahkan polis dan perayu menangkap Muhammad Riduan dan mendapatkan semula anak bongsu mereka, Prasana Diksa untuk dikembalikan kepada Indira Gandhi.

Indira mendakwa kesemua defendan berperanan dalam membuat keputusan atau mengarahkan PDRM melaksanakan waran komital terhadap Muhammad Riduan, seperti diperintahkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 29 April 2016.

Wanita itu mendakwa tingkah laku defendan secara langsung, menyebabkan dia terpisah dengan anak bongsunya sehingga hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Israel Akan Dituduh Esok - KPN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad