web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sentuh Isu 3R: Kerajaan Tidak Akan Bertolak Ansur – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 8:58PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Taklimat Pembangunan Pulau Pinang di Komtar. - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau parti politik sekiranya menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan tegas antaranya siasatan, tangkapan, dakwaan dan hukuman juga akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang mencabar prinsip perlembagaan termasuk menyentuh hak orang Islam dan bukan Islam di negara ini. 

"Ini penting supaya kita faham... isu-isu kalau betul ada masalah seperti masalah stoking (tertera kalimah Allah), serius bagi umat Islam, (jadi) tangkap, dakwa, kita jalan terus.

“Jangan kita guna isu ini atau isu lain untuk menghasut, itu yang penting sama ada orang Islam atau bukan Islam.

"Saya perlu tekankan kita tidak akan tolak ansur, tidak peduli siapa, kedudukan dia atau parti mana jangan diugut sekiranya diambil tindakan apa lagi sekiranya menyentuh 3R, ini kalau menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu terutamanya isu dibangkit oleh Majlis Raja-Raja... jangan tolak ansur, institusi negara, tonggaknya mesti dipertahan," kata Perdana Menteri.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Taklimat Pembangunan Pulau Pinang di Komtar di sini hari ini ketika mengulas isu membabitkan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata Muhamad Akmal tidak ditangkap oleh polis sebaliknya dipanggil untuk disiasat. 

Terdahulu, Muhamad Akmal memberi keterangan lebih dua jam di lbu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu antaranya mengenai laporan berkait ceramah beliau di Kelantan baru-baru ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad