web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aidilfitri: Kerajaan Tambah 60 Penerbangan Ke Kota Bharu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 4:23PM

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah meluluskan 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Beliau berkata, setakat ini empat syarikat penerbangan Malaysia menyediakan perkhidmatan penerbangan ke Kota Bharu dengan jumlah kekerapan 129 penerbangan seminggu dari enam destinasi iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kuching, Pulau Pinang dan Subang.

"Kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat penerbangan negara untuk meningkatkan kapasiti penerbangan semasa musim perayaan khususnya di laluan yang mempunyai permintaan tinggi termasuk ke Kota Bharu," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu jumlah penerbangan domestik ke Kelantan setiap hari terutamanya pada musim perayaan dan sama ada kerajaan berhasrat menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) menjadi lapangan terbang antarabangsa.

Menjawab kepada persoalan itu, Hasbi berkata, fasa satu projek menaik taraf LTSIP dijangka siap pada 30 April ini diikuti dengan fasa dua 26 Januari 2025.

"Apabila projek menaik taraf tersebut disempurnakan pada 2025, LTSIP dapat menampung kapasiti empat juta penumpang setahun," katanya.

Beliau berkata, meskipun LTSIP tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa, ia tetap berperanan sebagai pengantara kepada enam lapangan terbang antarabangsa negara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Bahru. 

"Walaupun LTSIP tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa, ia masih menerima dan boleh mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa seperti Lapangan Terbang Miri dan lpoh yang mempunyai penerbangan ke Singapura," katanya.

Hasbi berkata, sebarang cadangan untuk menyedia dan menambah kekerapan jadual penerbangan bagi mana-mana laluan termasuk laluan ke LTSIP merupakan perancangan yang ditentukan sendiri oleh syarikat penerbangan berdasarkan daya maju komersial sesuatu laluan.

Bagaimanapun, katanya, ia tertakluk kepada kelulusan daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM). - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran