web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ada Seorang Saksi Penting Dijangka Menyokong Permohonan Najib Untuk Tahanan Di Rumah - Shafee

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 4:17PM

Datuk Seri Najib Razak. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang saksi penting dijangka memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan kebenaran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan semakan kehakiman, bagi mencabar, mengenai wujudnya satu dekri tambahan yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya bekas perdana menteri itu menjalani baki enam tahun penjara di bawah tahanan di rumah.

Semasa perbicaraan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Hakim Datuk Amarjeet Singh bahawa saksi berkenaan kini berada di Mekah untuk 10 hari terakhir Ramadan.

"Saya memohon penangguhan yang singkat kerana malangnya orang yang paling kritikal (saksi) kepada permohonan itu tidak menandatangani afidavit berkenaan kerana dia telah berlepas ke Mekah dan dijangka kembali selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Affidavit ini adalah kritikal, walaupun di peringkat ini. Saya hanya memerlukan masa yang singkat, mungkin sehingga satu tarikh yang telah saya rundingkan dengan rakan saya 'sebelah sana' iaitu pada 17 April," katanya.

Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili responden tidak membantah terhadap perkara itu.

Hakim Amarjeet kemudian membenarkan penangguhan sehingga 17 April dan mengarahkan supaya hujahan bertulis difailkan pada 15 April.

Sementara itu, hakim menolak permohonan peguam Abhilaash Subramaniam yang mewakili Majlis Peguam untuk mengikuti prosiding itu sebagai pemerhati, dengan alasan kebenaran belum lagi diberikan, dan pada peringkat ini ia masih permohonan ex-parte.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding, Muhammad Shafee bagaimanapun enggan mendedahkan identiti saksi penting permohonan itu.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April lalu menerusi Tetuan Shafee & Co.

Pemohon (Najib) menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.

Dalam notis permohonan itu, Najib memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau salah seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Januari 2024.

Pemohon juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri tambahan itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta merta dengan memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur, untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah.

Najib, 70, kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Beliau kemudiannya memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda telah dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 6 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran