web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KK Mart: Polis Rakam Keterangan 7 Individu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 9:18AM

KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu bagi membantu siasatan kes sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor dilempar bom petrol pada minggu lepas. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Mohd Naim Asnawi, berkata kesemua rakaman percakapan diambil daripada saksi merangkumi pekerja premis itu dan orang awam bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Polis sedang mengenal pasti suspek dan kami meningkatkan kawalan dan rondaan di tempat kejadian serta semua KK Mart dan premis yang beroperasi selama 24 jam bagi mengelakkan insiden itu berulang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Pada 26 Mac lepas, kejadian disedari oleh kakitangan kedai serbaneka terbabit dan polis menerima laporan daripada pengadu yang juga wanita warga tempatan, berhubung kejadian pada 8.49 pagi.

Pengadu berusia 20 tahun ketika sedang bekerja memaklumkan, mendengar bunyi botol pecah di hadapan premis dan terus keluar memeriksa keadaan. 

Terdapat serpihan kaca serta bahan letupan menyerupai mercun di atas lantai kedai dan pengadu juga terhidu bau seperti minyak tanah daripada serpihan kaca yang pecah.

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai terbabit mendapati sebuah kereta berwarna gelap yang mempunyai pelekat warna merah "Lalamove", telah berhenti di tepi jalan kira-kira pukul 5.35 pagi.

Seorang lelaki dilihat telah turun dari kereta itu dan membaling sesuatu dipercayai botol kaca berisi minyak tanah ke dalam kedai, lalu terus beredar dari tempat kejadian. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad