web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadang Anjur Kembara RIUH Ke Lebih Banyak Lokasi – Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 8:12AM

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menerima cenderahati daripada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Antarabangsa Hoe Kian Choon (kiri) sempena Majlis Memperkenalkan Duta Baharu CUCKOO di Sentul Depot hari ini. Turut serta Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (kanan) dan Duta Cuckoo Datuk Seri Siti Nurhaliza (dua, kanan). – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mencadangkan agar program Kembara RIUH diperluaskan di lebih banyak lokasi seluruh negara, berikutan sambutan memberangsangkan terutama golongan belia.

Beliau berkata, mengambil contoh penganjuran Kembara RIUH di Sentul Depot yang bermula semalam, yang telah menerima kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung dan dijangka akan meningkat kepada 30,000 orang sehingga Ahad. 

"Difahamkan ada yang beratur seawal 3 petang tadi untuk program ini. Hari pertama sudah mencecah 10,000 kunjungan orang ramai, jadi kita jangka untuk acara ini sahaja (secara keseluruhan) sekurang-kurangnya 30,000 (kehadiran), tapi saya rasa akan lebih daripada itu.

"Esok (hari ini) Sabtu, kita jangkakan memang ramai lagi yang akan datang, jadi manfaatkanlah pengangkutan awam yang berhampiran, supaya tiada masalah mencari parkir," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Kembara RIUH 'RIUH x Cuckoo: #Samasama Raya', yang turut dihadiri oleh timbalannya Teo Nie Ching, di sini malam tadi.

Penganjuran Kembara RIUH seterusnya akan berada di Johor Bahru pada 5 hingga 7 April ini, diikuti RIUH x Hari Belia Negara di Melaka (25-26 Mei), RIUH Oha! di Kuching, Sarawak (28-30 Jun), RIUH Bah! 2.0 di Kota Kinabalu, Sabah (14-16 September), RIUH Ork! di Kuantan, Pahang (25-26 Oktober) dan Rock N' RIUH di Kuala Lumpur (6-8 Disember).

Pada 8 Mac, Fahmi dilaporkan berkata, sebanyak 5,023 peluang pekerjaan berjaya dicipta menerusi Program Kembara RIUH anjuran MyCreative, dari 2022 hingga tahun lepas. 

Beliau berkata, program tersebut turut memberi impak kepada 4,324 penggiat seni dan kreatif, serta menerima lebih 285,000 pengunjung dengan jumlah jualan terkumpul sebanyak RM2.8 juta dalam tempoh tersebut. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad