web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2024 8:04AM

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Lelaki warga emas yang dilaporkan tersesat ketika mendaki bukit berhampiran Persiaran Shorea Seksyen U16 di sini, ditemukan meninggal dunia semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, berkata mangsa berusia 64 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada 7.50 malam.

Beliau berkata, mangsa mendaki bukit berkenaan seorang diri pada 9.30 pagi kelmarin dan sempat menghubungi anaknya pada 3.43 petang setelah gagal menemukan jalan pulang. 

"Susulan itu bomba melakukan gerakan mencari dan menyelamat namun gagal mengesan mangsa sehingga pada 7.50 malam tadi mangsa dijumpai oleh orang awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan selanjutnya.

Mohd lqbal berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta menghubungi Inspektor Saipol Paizi di 012-5781435 untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 32 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar