web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bantuan Tiket Penerbangan Disalur Ke Akaun Pelajar Dalam Masa Terdekat - Hajiji

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2024 8:21AM

Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (kiri) menyampaikan duit raya kepada wakil pelajar Geomatika, Mohammad Izman Hilman pada Majlis Berbuka Puasa bersama Mahasiswa/Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung Malaysia di Setia Spice Convention hari ini.- gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Bantuan sekali bayar RM600 bagi pembelian tiket penerbangan kepada pelajar dari Sabah akan disalurkan terus ke dalam akaun bank pelajar dalam masa terdekat, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, ia berikutan kerajaan negeri mempunyai data semua pelajar yang layak mendapat bantuan berkenaan. 

Hajiji juga berharap inisiatif yang melibatkan peruntukan RM10 juta itu dapat meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli tiket penerbangan khususnya ketika kecemasan dan perayaan.

"Memandangkan harga tiket yang agak mahal dan bagi sesetengah pelajar yang tidak berkemampuan ia satu beban, kerajaan negeri akan membantu mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia di Pusat Konvensyen Setia SPICE, Bayan Lepas di sini malam tadi, yang turut dihadiri kira-kira1,400 pelajar Sabah yang menuntut di IPT di Semenanjung.

Terdahulu, Hajiji mengumumkan kerajaan Sabah akan memberikan subsidi sekali bayar RM600 bagi pembelian tiket penerbangan kepada pelajar dari Sabah yang belajar di IPT di Semenanjung, Sarawak dan Labuan. 

Sementara itu, Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah memaklumkan Kumpulan Yayasan Sabah memperuntukkan RM67.4 juta tahun ini bagi membolehkan lebih ramai anak negeri itu melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

Beliau berkata, jumlah peruntukan itu meningkat berbanding RM53.8 juta pada tahun lepas sekali gus membuktikan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf kualiti kehidupan dan pendidikan rakyat Sabah.

"Kerajaan negeri juga menambah dana Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah daripada RM50 juta kepada RM100 juta bagi meringankan beban mahasiswa dan mahasiswi yang melanjutkan pengajian ke IPT," katanya.

Menurutnya pelbagai inisiatif bantuan turut diperkasa termasuk untuk anak-anak dalam kalangan keluarga B40 yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT seperti Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) dan Bantuan Tunai Khas Peperiksaan (BAKTI).

Beliau berkata, sejumlah 124,141 pelajar Sabah yang mengikuti pelbagai disiplin ilmu telah mendapat bantuan dengan perbelanjaan sebanyak RM952.2 juta melalui Kumpulan Yayasan Sabah sejak 1967 merangkumi pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi. - BERNAMA

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad