web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 9:15PM

Anggota bomba bersama APM mengalihkan pokok tumbang berdekatan lampu isyarat Taman Universiti, Tanjung Malim.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dihempap pokok tumbang berdekatan lampu isyarat Taman Universiti, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan terdapat pokok tumbang di lokasi berkenaan.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati terdapat pokok tumbang merentangi jalan dan menimpa seorang penunggang motosikal.

“Mangsa seorang warga emas disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan dibawa untuk proses bedah siasat,” katanya.

Menurut jurucakap berkenaan, anggota kemudiannya menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pemotongan pokok bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Katanya, operasi ditamatkan jam 5.32 petang.- Getaran, 3 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad