web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lupus Kenderaan Buruk, Terbiar Secara Dalam Talian Melalui E-Dereg

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2024 4:12PM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika melawat pusat Kemudahan Rawatan Automotif Berlesen (AATF), Car Medic Sdn Bhd di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMENYIH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Motor Secara Atas Talian (e-Dereg) dalam usaha menangani isu lambakan kenderaan terbiar di kawasan perumahan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sistem e-Dereg akan membolehkan mana-mana pemilik berhasrat melupuskan kenderaan motor melengkapkan proses pembatalan pendaftaran kenderaan itu secara dalam talian dalam tempoh kurang sejam, tanpa perlu hadir di kaunter JPJ lagi.

"Inisiatif ini melibatkan kenderaan motor yang tidak akan digunakan lagi atas apa-apa sebab termasuklah telah rosak kekal atau telah tidak lagi ekonomi untuk dibaiki atau digunakan di atas jalan," katanya selepas melawat pusat Kemudahan Rawatan Automotif Berlesen (AATF) di Bandar Teknologi Kajang di sini, hari ini.

Bagaimanapun, bagi memastikan kenderaan motor dilupuskan secara teratur dan mematuhi semua peraturan ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), beliau berkata, pelupusan kenderaan melalui sistem ini hanya dibenar dilaksanakan di mana-mana AATF dilesenkan JAS sahaja.

Sebagai permulaan, Loke berkata, sistem yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan E-Auto Sdn Bhd akan dilaksanakan dengan pihak AATF berlesen oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu Car Medic Sdn. Bhd di Bandar Teknologi Kajang.

Beliau berkata, pemilik boleh datang sendiri ke AATF atau meminta syarikat untuk datang ke lokasi mereka bagi proses berkenaan atau mendapatkan khidmat penunda ke fasiliti berkenaan.

"JAS telah beri 10 lesen AATF secara keseluruhan, namun lapan fasiliti belum diaktifkan, jadi saya nak gunakan ruang ini untuk menggalakkan AATF yang telah diberikan lesen segera aktifkan fasiliti mereka, kita mahu fasiliti ini berada di seluruh negara," katanya.

Loke berkata, di Selangor misalnya, terdapat puluhan ribu kenderaan terbiar di kawasan-kawasan perumahan dan tepi jalan yang menimbulkan aduan orang ramai serta merosakkan alam sekitar.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula tidak boleh sewenang-wenangnya melupuskan kenderaan berkenaan, kerana perlu melalui proses yang panjang seperti penghantaran notis, penarikan kenderaan ke depoh dan permohonan kepada mahkamah untuk melupuskan kenderaan.

Beliau berkata, masalah ini semakin menjadi-jadi, sekali gus menunjukkan kepentingan sistem e-Dereg bagi membolehkan pemilik membatalkan pendaftaran kenderaan secara sah dan cepat, berbanding hanya membiarkannya tersadai atau menjualnya di kedai besi buruk.

Loke berkata, tindakan menjual kenderaan terbiar di kedai besi buruk pula hanya akan menimbulkan risiko apabila pendaftaran kenderaan itu tidak dikeluarkan daripada sistem JPJ dan pemilik tidak akan tahu kemungkinan yang akan berlaku selepas itu.

"Mungkin kenderaan itu akan dipotong atau enjin dijual balik jual sebagai satu kenderaan terpakai, pemilik asal hadapi risiko kalau kereta itu digunakan untuk kegiatan jenayah dan apa-apa berlaku kepada kereta itu, liabiliti akan terpakai kepada pemiik itu," katanya.

Beliau berkata, melalui sistem ini pihaknya dapat memberikan jaminan kepada pemilik asal supaya tidak perlu berasa bimbang dengan liabliti memandangkan kenderaan itu sudah dinyahdaftar daripada JPJ. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Politik 3 minggu yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

3

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar