web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kurus Dan Lapar, Harimau Dahan Sesat Di Kawasan Perumahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 3:28PM

Harimau dahan yang berkeliaran ini kelihatan kurus dan kelaparan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SELAMA - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berjaya menyelamatkan seekor harimau dahan selepas didapati berkeliaran di kawasan perumahan di Bukit Bertam, di sini, hari ini.

Kehadiran spesies dilindungi itu disedari menerusi rakaman video berdurasi 12 saat yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

Menerusi video berkenaan, harimau yang kelihatan kurus itu seolah-olah kelaparan dan berkeliaran di kawasan Bukit Bertam di sini.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya berjaya menangkap harimau jantan dewasa itu pada jam 11.24 pagi hari ini.

Katanya, penangkapan harimau dahan atau nama saintifiknya ‘clouded leopard’ itu dibuat selepas Perhilitan menerima maklumat sekitar jam 10.50 pagi.

Menurutnya, harimau berkenaan dianggarkan berusia lingkungan tujuh hingga lapan tahun dan pemerhatian awal mendapati, ia seolah tercekik sesuatu.

“Pemeriksaan lanjut sedang dijalankan oleh doktor veterinar bagi mengenal pasti sama ada ia mengalami sebarang kecederaan atau masalah kesihatan.

“Haiwan terlindung itu kini dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai untuk rawatan,” katanya. - Getaran, 2 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar