web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert 'Choii Underground Music Tour Kedah 2.0' Tiada Permit - Exco

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 12:07PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah, menerusi mana-mana agensi di bawah pentadbirannya, tidak pernah memberi permit atau kelulusan untuk mengadakan konsert Choii Underground Music Tour Kedah 2.0, yang diadakan di Taman Jubli Emas di sini, pada malam Nisfu Syaaban, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata, memang terdapat permohonan dikemukakan kepada kerajaan negeri, namun dalam permohonan itu tidak dinyatakan langsung mengenai cadangan konsert atau pertunjukan pentas seumpama itu.

"Kerajaan negeri mengambil maklum mengenai kontroversi yang melibatkan konsert berkenaan. Bagaimanapun, penganjur memohon untuk mengadakan karnival jualan dan acara-acara yang dibenarkan mengikut garis panduan kerajaan negeri sahaja, dan permohonan itu yang telah diluluskan.

"Justeru penganjuran konsert ialah tanpa kebenaran mana-mana agensi kerajaan negeri dan ini satu pelanggaran syarat yang sangat serius oleh pihak penganjur. Kerajaan negeri akan memanggil penganjur untuk mendapatkan penjelasan berkaitan dengan perkara ini dan akan memutuskan tindakan susulan mengikut undang-undang," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Mansor berkata, mana-mana pihak yang melanggar syarat selepas diberikan kelulusan untuk menganjurkan sesuatu acara, akan disenarai hitam daripada terlibat dalam apa juga program di negeri itu pada masa akan datang.

Isu itu tercetus apabila penganjuran konsert yang diadakan di Taman Jubli Emas itu mendapat pelbagai reaksi netizen di laman sosial, kerana tidak menghormati malam Nisfu Syaaban yang jatuh pada hari yang sama.

Susulan itu, penganjur acara Choii Underground Music Tour Kedah 2.0 dikenali sebagai Faris Azrii, tampil memohon maaf melalui sebuah video melalui laman TikToknya.

Beliau berkata, isu yang berlaku pada malam Nisfu Syaaban itu atas kesilapan pihaknya, yang terlepas pandang mengenai perkara tersebut dan tidak melibatkan mana-mana badan kerajaan.

"Memang salah pihak kami. la tidak melibatkan mana-mana kerajaan dan saya betul-betul mohon maaf kepada kerajaan Kedah. Mengenai isu terkinja-kinja dan melompat-lompat itu juga saya mohon maaf, kerana saya membawa hip-hop ke bumi Kedah, tapi ini kejadian pada hari Jumaat bukan Sabtu. Tapi kita juga adakan konsert dan itu kesalahan di pihak kami juga," kata Faris. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad