web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10,000 Hadiri Rumah Terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2024 8:01PM

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bergambar bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang di SPICE Arena hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di SPICE Arena Bayan Baru, di sini, petang ini berlangsung dalam suasana muhibah dengan dihadiri kira-kira 10,000 masyarakat berbilang kaum, yang datang dari seluruh pelusuk negeri.

Selain rakyat Pulau Pinang, pelancong asing juga dilihat tidak ketinggalan hadir bagi merasai sendiri kemeriahan suasana sambutan, di samping menikmati pelbagai juadah makanan Melayu, Cina dan India yang disediakan.

Terdahulu, Chow bersama isteri, Tan Lean Kee yang berpakaian sedondon berwarna merah, meluangkan masa menyantuni tetamu yang hadir.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Moha Nor.

Selain itu, hadir sama barisan kepimpinan kerajaan negeri dan pusat, antaranya Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih yang juga Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; serta veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Selain menggaul 'Yee Sang' yang menjadi tradisi masyarakat Cina, hadirin turut disajikan dengan persembahan tarian singa diikuti, tarian kebudayaan serta nyanyian.

Chow ketika ditemui berkata, majlis tersebut yang dianjurkan setiap tahun, bukan saja bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, tetapi lebih penting menjadi platform mendekatkan pemimpin dengan masyarakat.

"Sambutan sebegini bukan saja diadakan sempena Tahun Baharu Cina tetapi perayaan lain juga. Pemimpin dan masyarakat perlu seiring bersama-sama beri galakan untuk terus berusaha membangunkan negeri ini," katanya.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui meluahkan keterujaan kerana dapat bersama-sama menyambut Tahun Baharu Cina biar pun berlainan agama.

M. Barethi, 41, dari Simpang Ampat berkata, dia terharu melihat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang hadir, sekali gus menggambarkan semangat Malaysia MADANI seperti yang sering dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Walaupun ini perayaan masyarakat Cina tetapi kita dapat lihat ramai dari kaum lain Melayu, India yang turut hadir dan ini menunjukkan betapa kita hidup dalam suasana yang harmoni," katanya yang hadir bersama suami Ananda Raj, 41 tahun.

Mazidah Musa, 41, pula gembira dengan semangat muhibbah yang ditonjolkan, menerusi kehadiran pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan latar belakang.

Bagi pasangan suami isteri dari Rusia Anastasia, 34, dan Dmytro, 40, yang sudah tujuh tahun menetap di Pulau Pinang berkata, majlis sedemikian sememangnya amat dinantikan, kerana dapat merasai pelbagai juadah makanan tempatan, selain menikmati persembahan yang disajikan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad