Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Harapan Tunggal Atasi COVID, Vaksin Segera - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 8:06AM

Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Malaysia sudah menerima penghantaran vaksin yang diperoleh menerusi COVAX. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harapan tunggal untuk dunia menamatkan COVID-19 adalah dengan memastikan seramai mungkin rakyat divaksin seberapa segera dan Malaysia mengulangi gesaan mengenai capaian universal vaksin berkenaan. 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses mendapatkan vaksin masih menjadi isu utama dan dunia tidak boleh menang dalam perang menentang virus ini kecuali semua orang mempunyai akses yang adil dan pantas terhadap vaksin itu.

“Vaksin ini mesti murah dan mudah diperoleh oleh semua. Kami menyertai Kemudahan COVAX untuk memudah cara pengagihan vaksin COVID-19 global serta memuji Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) kerana menerajui usaha itu.

"Dengan rasa syukur ingin saya nyatakan, Malaysia sudah menerima penghantaran vaksin yang diperoleh menerusi COVAX," katanya ketika berucap pada sesi penutup Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-74 yang diadakan secara sidang maya di Geneva, Switzerland, malam ini.

Kerajaan terus menyediakan saringan kesihatan dan rawatan percuma pada mereka yang dijangkiti COVID-19 serta menawarkan vaksin percuma kepada semua di negara ini, tanpa mengira kewarganegaraan atau status imigran mereka.

"Kempen vaksinasi menawarkan harapan untuk kita memenangi perang ke atas COVID-19. Ia sudah terbukti, memberi banyak kebaikan di negara kaya yang mempunyai banyak akses terhadap vaksin itu tetapi kita mahu, semua negara mempunyai peluang yang saksama.

"Bayangkan manfaat kepada seluruh manusia andai lebih banyak vaksin boleh diberikan dengan segera kepada rakyat yang memerlukan di seluruh dunia. Kami mengalu-alukan seruan untuk 'vaksin rakyat', dan pengecualian Hak Harta Intelek Berkaitan Dagangan (TRIP) bagi membolehkan vaksin dihasilkan di negara membangun," katanya.

Perdana Menteri berkata, Malaysia sudah berjaya memvaksinkan lebih lima peratus daripada penduduknya menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sejak lewat Februari lalu, namun kemajuan kempen itu banyak bergantung kepada bekalan dan penghantaran vaksin daripada pengilang.

Beliau berkata, Malaysia memerlukan 53 juta dos vaksin bagi memenuhi keperluan 70 peratus penduduknya dan sehingga kini, negara hanya menerima kurang daripada 3.2 juta dos atau enam peratus daripada jumlah yang diperlukan.

"Dengan jangkaan menerima lebih banyak vaksin dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kami berharap dapat meningkatkan kadar jumlah vaksinisasi harian daripada 100,000 kepada antara 200,000 hingga 300,000 sehari, supaya Malaysia dapat mencapai sasaran imuniti kelompok untuk membendung COVID-19 sebelum hujung tahun ini," katanya.

Menurut Muhyiddin, Malaysia berusaha meningkatkan program vaksinasi menerusi kerjasama pusat kesihatan awam dengan sektor swasta selain melaksanakan banyak amalan baik hasil teladan dari negara lain.

Ia termasuk kaedah mendekati rakyat seperti yang dilaksanakan Bhutan, program vaksinasi padu lalu seperti yang dilakukan di Arizona, Amerika Syarikat, dan penggunaan pusat vaksinasi mega di pusat konvensyen atau stadium seperti di Thailand serta banyak lagi negara di rantau ini.

Muhyiddin berkata, Malaysia komited untuk bekerjasama rapat dengan WHO dan negara lain dalam bentuk rakan kongsi pintar mengikut panduan Program Umum Kerja 13 bagi mencapai Liputan Kesihatan Universal dalam menangani aspek darurat kesihatan serta memupuk populasi lebih sihat, sejajar dengan Agenda 2030 Matlamat Pembangunan Mampan.

Beliau berkata, meskipun penamat wabak COVID-19 mungkin mengambil masa, namun diharapkan keadaan dunia akan terus menjadi lebih baik.

"Ini adalah satu perjuangan yang kita tidak boleh kalah. Sudah pasti anda boleh berharap Malaysia akan menjadi rakan kongsi utuh kepada WHO bagi mewujudkan dunia yang lebih sihat, ceria dan saksama untuk semua," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, Malaysia memuji WHO menjadikan 2021 sebagai Tahun Kesihatan dan Petugas Kesihatan serta berasa terharu dengan pengorbanan yang mereka lakukan.

"Kita kagum dengan semangat dan kekentalan mereka dalam memerangi COVID-19. Kita terhutang budi kepada petugas barisan hadapan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Tidak terhitung jumlah nyawa dan generasi masa depan yang sudah anda selamatkan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri