web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendatang Lolos Di Bidor: 39 Ditahan Setakat 8 Malam Tadi - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2024 8:08AM

Mohd Yusri Hassan Basri (kiri) dan Mohd Naim Asnawi (kanan) - gambar Facebook Polis Tapah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Sebanyak 39 daripada 131 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini pada Khamis lepas, telah ditahan setakat 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata jumlah berkenaan termasuk 32 orang yang ditahan dalam operasi semalam.

Beliau berkata berkata melalui operasi antara 6 pagi hingga 12.30 tengah hari semalam, pihak polis telah menahan tiga lelaki Rohingya di sekitar Kampung Batu Melintang dan ladang kelapa sawit di Kampung Senta, di sini.

Menurutnya pada 12.30 tengah hari juga, empat lagi lelaki Rohingya ditahan di kawasan hutan Bidor, manakala seorang lelaki warga Bangladesh dan sembilan lelaki Rohingnya ditahan di Bukit Tapah berhampiran Kampung Sungai Kenoh antara 2 hingga 3 petang.

"Sebanyak 13 lagi lelaki Rohingya ditahan di Kampung Senta dan seorang ditahan di Kampung Pos Gedong, Bidor," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mohd Naim berkata polis turut menahan seorang lelaki warga Rohingya pada 7.25 petang tadi di Kampung Bermin, di sini.

"Kesemua penahanan dibuat oleh polis dan hasil maklumat orang ramai. Polis percaya mash ramai tahanan yang lolos itu berada di hutan serta kampung sekitar kawasan Tapah dan Bidor," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilapor berkata 37 tahanan berjaya diberkas setakat 6 petang tadi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad