web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Yakin Rakyat Rasai Hikmah Keadilan Dan Kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2024 8:33AM

Perdana Menteri ketika menyampaikan Sembah Ucapan pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan
Seri Paduka.

Perdana Menteri berkata keprihatinan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap kebajikan rakyat jelata juga melangkaui batasan biasa antara raja dengan rakyat.

"Bermula dengan ketidakstabilan dan simpang-siur politik yang berpanjangan, penularan serta hentakan pandemik COVID-19 dan kelesuan ekonomi silih berganti telah meletakkan negara dalam ketidaktentuan dan kegawatan.

"Namun Tuanku telah menyempurnakan amanah pemerintahan dengan sempurna melalui sifat-sifat yang merakyat serta istiqamah menyelami denyut nadi rakyat jelata dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan terus diutamakan
dalam apa jua keadaan," katanya.

Anwar berkata demikian dalam Sembah Ucapan pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di sini semalam.

Anwar berkata tempoh pemerintahan Al-Sultan Abdullah juga mencatatkan satu lembaran sejarah baharu dengan negara dan jentera pentadbiran kerajaan diuji seperti pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali sehingga memerlukan pengemudian cekap selain pengorbanan semua pihak melangkaui amalan biasa.

Beliau berkata kewujudan konsep Raja Berperlembagaan dan peranannya dalam sistem demokrasi bercorak Westminster ternyata melonjak peri pentingnya terutama dalam merungkai mehnah dan kemelut politik yang berpanjangan di masa lalu.

"Ini dapat kita saksikan kebijaksanaan Tuanku dalam kemelut pertukaran Mamanda Perdana Menteri sebanyak tiga kali sehingga pilihan raya baharu diadakan pada penghujung November 2022 yang akhirnya menunjukkan bahawa tidak ada satu parti politik pun yang memperoleh majoriti yang cukup untuk mendirikan kerajaan.

"Tuanku, seperti yang terpamer pada ketika itu, akhirnya menitahkan agar sebuah kerajaan yang stabil dan kuat ditubuhkan yang merangkumi semua kaum, semua negeri dan wilayah di negara ini sebagai jalan memecah kebuntuan politik.

"As they say, the rest is history dan detik ini menandakan betapa sistem Raja Berperlembagaan telah menjadi keutamaan yang tepat dalam menjawab kemelut politik," katanya.

Anwar turut menzahirkan penghargaan atas cetusan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang telah berjaya mempertaut permuafakatan dan memungkinkan kestabilan serta kedudukan politik negara.

"Berbekalkan kepercayaan ini dan keprihatinan terhadap rakyat tambah memperkuat iltizam patik bersama Jemaah Menteri dalam memastikan negara ditadbir dengan baik demi mengangkat darjat negara serta tahap kesejahteraan rakyat.

"Insya-Allah, kerajaan bertekad untuk terus berusaha dan berbakti dengan sepenuh jiwa raga demi rakyat dan negara tercinta," kata Perdana Menteri.

Selain itu, beliau berkata keprihatinan Al-Sultan Abdullah terhadap keadaan ekonomi negara menyuntik semangat memperkasa komitmen kerajaan untuk memberi tumpuan terhadap pelaksanaan pembaharuan struktur ekonomi dan meningkatkan daya saing Malaysia bagi menjamin pertumbuhan ekonomi negara yang lebih inklusif, kukuh serta mampan.

"Hasilnya, Malaysia telah mencapai kedudukan ke-29 dalam aspek Kecekapan Kerajaan seperti yang terpamer dalam Daya Saing Dunia 2023," kata beliau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad