web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isteri Terlantar, Suami Uzur Dapat Perhatian Perdana Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2024 12:07PM

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Kamil Munim bertanya khabar kepada pesakit angin ahmar, Arman Othman ketika mengadakan lawatan Ziarah Madani di Taman Ria Mesra II di sini, petang semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GURUN - Nasib lima sekeluarga yang tular di media sosial baru-baru ini selepas ibu bapa yang menjadi tulang belakang keluarga itu diuji dengan masalah kesihatan, mendapat perhatian Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politiknya, Kamil Munim berkata, ketua keluarga terbabit Arman Othman, 49, menghidap penyakit angin ahmar, manakala isterinya Mazliana Jamaluddin, 39, pula diuji dengan ketumbuhan di kepala dan kini terlantar.

"Dalam sesi lawatan kerja saya ke Kedah hari ini, selain dua keluarga lain, saya turut menziarahi keluarga puan Mazliana dan menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri melalui ICU (Pejabat Pembangunan Persekutuan) peringkat negeri.

"Saya turut dimaklumkan beliau menerima bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bagaimanapun kita akan lihat bentuk bantuan lain yang boleh disalurkan bagi membantu keluarga ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Ziarah MADANI di rumah keluarga berkenaan di Taman Ria Mesra II dekat sini, petang semalam.

Hadir sama pada program hari ini, adalah Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufik Johari.

Kamil berkata ,kehidupan pasangan itu lebih sukar kerana anak sulung mereka daripada tiga beradik adalah orang kurang upaya (OKU) sejak kecil, namun menurutnya pemimpin dan masyarakat setempat sentiasa memberikan perhatian terhadap keluarga itu.

Sementara itu, Mohammed Taufik berkata, pejabat Parlimen Sungai Petani akan bekerjasama dengan agensi berkaitan khususnya ICU bagi memantau keluarga terbabit.

"Anak-anak pasangan ini kesemuanya masih bersekolah dan sudah pasti kos persekolahan juga perlu dibantu. Begitu juga dengan keperluan harian, lampin pakai buang, susu untuk pesakit terlantar dan sebagainya. Saya akan buat pemantauan secara bulanan keatas keperluan keluarga ini," katanya.

Sementara itu, kedua-dua pasangan terbabit menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan serta bantuan Perdana Menteri dan semua pihak yang terlibat.

Arman berkata, beliau amat terkejut apabila dimaklumkan wakil Perdana Menteri berhasrat menziarahi mereka sekeluarga dan menyampaikan sumbangan hari ini.

"Saya rasa terharu, gembira dan berterima kasih atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan," katanya.

BERNAMA dimaklumkan bahawa Mazliana kini tinggal di rumah adik bongsunya, Norlela Jamaluddin, 30, yang terletak tidak jauh daripada rumahnya, bagi memudahkan anggota keluarga yang lain menguruskannya.

Norlela berkata, abang iparnya masih tinggal di rumah mereka sendiri bersama anak sulung mereka, Aiman Irfan, 20, manakala Mazliana serta dua lagi anaknya, Aiman Ikhwan, 15, dan Aina Najwa, 10, tinggal bersamanya.

"Aiman Ikhwan yang banyak membantu menguruskan ibunya khususnya selepas pembedahan kedua pada 21 Disember lalu. Saya bekerja kilang dan akan turut sama membantu menjaga kakak bersama adik-beradik yang lain secara bergilir," katanya.

Nasib yang menimpa keluarga ini mendapat perhatian ramai apabila kisah Aiman Ikhwan menguruskan ibunya yang terlantar termasuk mengelap badan, menukar lampin pakai buang serta memastikan ibunya minum susu formula khas tujuh kali sehari menjadi tular di media sosial baru-baru ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad